Monday, August 31, 2015

Watikah merdeka by shairani

As-salam..

Merdeka.
Satu semangat yang pada pendapat aku Tunku Abdul Rahman inginkan setiap generasi hayati dan syukuri sepanjang zaman. Satu perjuangan dari pembebasan kuasa2 asing yang semestinya ia memerlukan banyak pengorbanan tak kira nyawa, tenaga, masa dan harta.

Dan semangat merdeka ni menjadi tanggungjawab ketua negara (PM la) khususnya dan setiap warganegara Malaysia  amnya agar ia tidak terpadam dan dapat disampaikan ke anak cucu.

Dari tahun 1957 ke 2015 (58 tahun), semestinya perjuangan untuk menyampaikan hasrat TAR kepada kita dan generasi seterusnya adalah tidak mudah. Walaupun bukan 100% tp kita masih lagi dapat rasa nikmat kemerdekaan. Kita masih lagi menyintai Malaysia, tanah air tercinta ni. Tapi, cara kita mungkin berbeza

Ada yang berpendapat PM skrg ni x sayangkan rakyat dan negara, lebih kpd sayangkan duit dan kemewahan. Rakyat dikerah, ditanggung dengan pelbagai cukai, kemungkinan saman2, kenaikan harga barang dll walhal mereka diatas dapat hidup senang lenang. Sebab tu, tercetusnya BERSIH 4. Mereka berpendapat PM seperti ini xlayak lagi mentadbir Malaysia dan mereka turun ke jalanraya sbgai tanda memprotes sistem pentadbiran PM. Mereka berpendapat "kami sayangkan negara, kami lakukan demi masa depan anak cucu kami. Biarlah kami merasa peritnya, tetapi bukan mereka"

Ada sekelompok lagi membantah BERSIH. Pada pendapat mereka, terdapat saluran lain yang boleh dilakukan untuk menyampaikan ketidakpuasan hati. Demonstrasi hanya mengganggu hidup warga kota, dan mencemarkan imej negara di mata dunia. Baliklah rumah, spend masa dengan famili lebih baik. Apa yang PM buat selama ini tidaklah salah, cuma memerlukan masa untuk pulih spt sediakala.

Setelah aku teliti kedua2 pendapat ni, terserah kepada PM mahu jadi hantu ka buaya. Pada pendapat aku, PM mesti come clean. salah satu sebab BERSIH terjadi ialah ketidakpercayaan kpd integriti PM tu sendiri. Selagi PM dok spin cerita, hentam rakyat, xmaw resign, selagi tu BERSIH akan diteruskn. Buatla satu slot kt TV3 untuk menjawab segala tohmahan, fitnah kononnya, daripada dok kutuk belakang "ni fitnah ni x betul". Lepastu buat pula forum secara live. Mcm nothingtohide. Tp aku rasa dia takut.

Semua orang, xkira la PM ka melayu cina india boleh kata mereka sayangkan negara. Tp x smua setuju mcmna orang tu menzahirkan rasa cintanya pada negara. Boleh jd jugak hny manis di mulut senyap2 songlap duit.

Sekian..

Independence Day by Google

Saturday, August 1, 2015

kawen pt3: reacher and settler

As-salam

dah 2 parts aku dok pot pet pot pet pasai cinta and kawen. lol.
tp tu smua just teori n sangkaan.
u know what to prove theories? Test!

Aku cuba la becinta dgn sorg minah ni. knai kt tnet.
dpt ja wasap n fb, kami start kenal mngenal antara satu sama len.
dia elok. apa yg aku bncgkn ttg ciri2 pompuan smua ada kt dia.
makin aku kenai dgn dia makin aku rasa sebab apa manusia memerlukan pasangan hidup.
Walau berdikarinya manusia tu, dia tetap perlukan seseorang.
ni kerana, at some point in life, Allah kurniakan perasaan hendak menyangi dan disayangi dalam hati manusia.

Kalau kita dh start sayang sorang pompuan tu, sering tertanya2, mcmna pulak perasaan dia?
ka aku ja dok syok sendri. cinta tepuk sebelah tgn kata orang.
So dri situ, timbul rasa insecured (curiga) samaada pompuan ni ada laki lain yg dia lebih suka.
istilah seswai nk describe situation ni, aku ialah the reacher.
dan dia adalah the settler.

istilah reacher/settler ni asalnya dari drama How I Met Your Mother. Dlm relationship, the reacher ni ialah orang yg becinta dgn pasangannya yg btui2 hot and cantik yang pada umumnya x sesuai dengan level kehenseman si jantan. Dan dia (si jantan) jugak ada perasaan curiga kalau2 ada laki len yg lg hensem cuba merampas partnernya. Settler pulak, dia dah taw yg reacher xkan ke mana2, so dia x ada perasaan curiga yg si jantan nk cari pmpuan lain, coz he is just lucky to have her.

fenomena reacher/settler slalu tejadi di awal percintaan, sebab masa ni la kepercayaan dan komitmen setiap pasangan diuji. Kalau dah kawen pon, ada lg benda ni, mmg berat nanang

Saturday, May 2, 2015

Kawen pt2: the resonance

As-salam..

Somehow, as time passes by, aku dah dapat sikit pencerahan.
Cinta tu lahir dari perasaan suka sama suka.
It's like the resonance.
Hati begetar sama seiringan bila bersama dgn si kekasih.
Apa penyebab suka tu?
personaliti? Muka? dressing? harta?
Yes. all of above.

Nabi pernah bersabda, dinikahi perempuan kerana 4 sebab: paras rupa, harta, keturunan dan agama. Pilihlah agama, nescaya akan diam tangan2 kamu.

Tak salah kahwin sebab paras rupa harta dan keturunan. tp yg lebih baik kerana agamanya. kerana agama tidak akan bekerut seperti paras rupa, agama tidak akan kehabisan bila semakin digunakan seperti harta, dan agama tidak membezakan manusia seperti manusia menamakannya sebagai "keturunan". Agama is immortal

Bini beragama, tp hitam. xdak byk harta dan keturunan biasa. Mcmna pulak? Kita, sebagai "observer", akan kata bini hitam mcm periuk belanga pon hg nak. Tp kita xnampak apa yang si laki tu nampak. sebab agamalah yg menambat hati si laki.(though aku rasa susah gak nk get along at the beginning)

Laki suka tgk pompuan (xkira la dia ada bini ka x). At first glance, dia tgk muka, dressing, and cara becakap. Kalau dia suka dia p tackle awek tu. Tp kalau pompuan tu xsuka, xlahirla perasaan suka tu. tggaila laki tu angau sorang2.

Pompuan pun serupa. Suka kt laki. Tp skop pandangan dia xluas. Ada certain laki ja dia tgk. Well at first, mesti la depa tgk muka and badan dlu. tggi macho ka dak. Ada iras2 laki korea ka x. Pastu mode gedik dia on, cuba tarik perhatian laki tu utk menekelnya. Kalau laki tu suka, pompuan tu kena tipu. Sebab laki (mostly) skop pandangan dia luas. Dia xpuas hny dgn sorang pompuan.

What i want to say is, awat kita, manusia, suka tgk kat muka/badan at the first place? Muka ni penuh penipuan. Make-up and fake smile. Badan ni bukannya sempurna, sebab ni hanya pinjaman. Sbb tu aku xsuka nk judge laki/pompuan atas dasar dia dressing atau muka dia. Xkata pulak aku abaikan, cuma weightage(pemberat) dia terlalu skit.

Yang penting ialah hati. Sebab hati la lahirnya cinta. Dan sebab cintalah si kekasih tu sanggup buat apa saja demi partner dia. Kita hanyalah jiwa yang terkandung dalam badan yang dipinjam. Kenapa nk nilaikan badan tu?