Friday, December 9, 2011

hukum Allah

As-salam..


         

tension barang panas telinga bila aku tgk vidio nih. hukum Allah boleh buat gurau2, main2 pesenda. Kalau la hukum Allah tu x adil, x seswai bg hidup hangpa(pelakon video), p la cari din(way of life) sndri. masuk la kistian ka buddha ka.

lg 1, xyah la mandi jenazah, smyang, baca yasin bila depa mati. bwat apa nk baca, isi kandungan al-Quran dia buat main2.  cuba byg kalau dia hidup ,dok dlm kain kapan, org skeliling baca yasin. surah yasin ni kandungan ayat al-Quran yg dia bwat gurau. so mesti la dia gelak "hihihi. depa tgh bwat lawak" dlm kain kapan. base sgguh.

unless kalau depa betaubat kpd Allah, dan mintak maaf kepada seluruh umat Islam.

al-Quran dimulakan dgn surah al-Fatihah dan surah al-Baqarah. dlm surah al-Baqarah ayat 2, Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

Byk lg kisah2 dlm ayat2/surah2 seterusnya, tp nk ditetapkan aqidah si pembaca supaya tidak ragu walau satu huruf pun.  beriman dgn al-Quran mesti 100% atau lebih. 99.9% dikira x beriman. contohnya dia ragu2, "ish btul ka baca aliff lam mim ni? bukan alif lam saje ke?"(ayat 1 surah al-Baqarah)
ragu2 dgn 1 huruf dah 99.9% beriman, kalau ragu2/bwat gurau senda dgn isi kandungan al-Quran? pandai2 la pikir.

ps- aku dah 21. so layak mngundi dan mmbncangkan hal politic. politic views aku mnghadap kpd parti yg mmperjuangkan Islam 100% dlm negara. andaikata UMNO laksanakan hukum2 Allah, aku sokong dan PAS tolak hukum Allah, aku anti. xkira la parti tu nama apa pun, Parti Ayam ke Itik ke, hidup matiku kerana Allah.

Tuesday, November 8, 2011

Eid ul-adha

As-salam..

semalam, 6.11.11 ialah hari raya eidul adha. apa yg best bg aku raya ni,,ialah makan daging, cicah dgn air asam. slurp. nasik boleh p smpai 3-4 pinggan woo. tapi tahun ni aku kna korban nikmat mkn daging + air asam sbb aku kt perantauan. tak sedih. tapi gembira. buat apa sedih2 time hari raya.

so, utk mgelak kebosanan, aku betolak ke weingarten. 120 km dr tmpat aku. bknnya xmaw raya kat tmpat aku(schwenningen) tp xdak orang sgt. ada 3 orang je yg available. kat weingarten rmai skit. ada la dlm 15 orang cenggitu. very nice ah raya kat sana. makan2 borak2 ngn weingarteners, playing cards. hilang rasa rindu beraya di kg. tp mak ayah ttp x dilupakan..

mkn2 hari sabtu. raya hari ahad. isnin stat kelas. walaupun sat saja dpt mluangkan masa bersama tp mmg berbaloi. dpt tgk pm rapat ngn atie, kemain rapat. aku stay kt bilik arez. dia pulak skype ngn buah hati dia. aku tunduk tgk lantai. cubaan btui.

pagi raya bwat apa? tidoq. nk smbelih lembu xreti..

(ish mcm tulis diari lak)

 braderhud


antara juadah: rendang, sambal ikan bilis. sayur. ayam masak cili api.


selamat hari raya qurban dari students germany

Wednesday, October 12, 2011

hipokrit

As-salam.

Hipokrit.dalam german ialah scheinheilig (schein - apparent , heil - holy, ig -adjective).

Hipokrit pada bahasa kamus dewan ialah perbuatan yg ........ biar lah. blog aku, aku nk guna definisi sendiri yg mudah paham.
hipokrit - depan orang belakon baik, padahal jahat.

Bg aku, orang lain xleh kata kita hipokrit atau tak. diri sendiri sahaja yg taw jawapannya. kita diberi pilihan samada nak hipokrit ka x. aku bg 2 contoh makluk.

#1
Ali p belajar kat sekolah agama. habis dia menadah kitab dalam usia yang muda. mmg tiada tandingan la ilmu agama dia. pakai lebai, serban sangkut di bahu.

#2
Baba jenis yg ragged. rambut punk, buh dai(dye) pulak tu. minum arak. xhormat orang tua.

nak dijadikan cerita 1 hari Ali ngn Baba berjumpa...

Ali: assalamualaikum sedara.
Baba: wassap brader. meh minum Carlsberg skit.
Ali: aku x minum air kencing. nape ko jd cmni?
Baba: Aku tgk ko ni an, pakai lebai klua dtg kl. ko ni bajet baik kn? nk tny nape aku jd mcm ni. aku ni der,    xnak jadi hipokrit mcm ko. pakai lebai macam xpernah buat jahat. eeeii.. tipulah der. Ustaz pun buat dosa. Dulu aku tgk ustaz jalan dgn pmpuan lain. aku xcaya lar geng2 lebai nih. hipokrit. aku ni nak jadi aku. aku xnak jadi hipokrit. kalau aku jahat, aku xkan belakon baik. kalau aku baik, aku xkan belakon jahat.
Ali: ok. 2 benda  ko kena taw. aku baca kat blog Shairani Ramli


  • Hanya malaikat dan nabi yang xkan buat dosa. mereka sentiasa buat amalan baik shj
  • Manusia biasa mustahil buat baik sentiasa, xpenah buat jahat. dan mustahil buat jahat sentiasa, xpenah buat baik.
Ali: ko jd cmni sebab ko judge manusia biasa , ko tak tahu niat manusia tu dan ko xde husnuzon(sangka baik). ingat der, manusia ada fitrah. fitrah suka kpd kebaikan. manusia ada nafsu amarah. ia suka kejahatan. akal yg menjadi hakim utk tentukan kemana kita mahu.

the point is, xde orang yg hipokrit, kecuali dia nak jadi hipokrit

Friday, September 23, 2011

Seribu Bayangan

As-salam..

aku nk cita pulak pasal lagu. lagu faberet aku nih. Damasutra - Seribu bayangan. aku peminat lagu rock 90an. tapi band damasutra ni lain dari yg lain. byk band mcm xpdc, bpr, spin, laksamana byk mgisahkan cinta antara 2 insan. mcm2 la. lagu angau, lagu sedih, lagu gembira. byk lagu damasutra mnceritakan kisah cinta antara hamba dgn Penciptanya. jum usha lirik lagu dia. (aku tafsir lagu ni mgkut kepala otak aku ja, jgn marah. hihi).

Kau masih menduga sehingga kini
Andai ku bersenda dengan teka teki
Seribu bayangan aku gambarkan
Masih lagi kau tak mengerti

rangkap 1:

penyanyi mcm bercakap dgn kekasih dia yg masih keliru samada penyanyi mncintai kekasih dia ataupun x.

Sedalamnya lautan tingginya bulan
Bisa disentuh dengan pengetahuan
Sepahitnya hempedu bisa ditelan
Jika itulah penawarnya



rangkap 2:
penyanyi ambil contoh bulan dan lautan simbolik kepada dunia. jika kita mngkehendaki dunia, mesti dgn ilmu pengetahuan. orang berilmu akan berhujah dengan ilmu 'jika itu penawarnya' .
Inikan pula perasaan
Yang lahir dari jiwa
Dan kita sama sama merasa
Denyut kasihnya



rangkap 3:
berbalik kepada penyanyi, perasaan cinta yg lahir dari hati dan dirasai oleh kedua2 pihak (laki ngn pmpuan) mesti juga digunakan dgn 'berilmu'.

Bukan sengaja aku merahsiakan cinta
Tapi curiga kau kan tersalah sangka
Kerana kita rasa bangga bila dipuja
Dan rasa keji bila dihina



rangkap 4:
penyanyi tidak menyatakan perasaan cinta kpd kekasihnya kerana takut cintanya kpd kekasih hanya mainan dan sementara. sudah jadi lumrah kita bangga dgn pujian dan sudah jadi lumrah kita rasa dihargai bila seseorang mngungkapkan perasaan cinta. dan jugak sudah jadi lumrah kita rasa keji bila dihina dan sudah jadi lumrah kita rasa x dihargai apabila seseorang yg kita sayang hny diamkan diri(xmluahkan perasaan)

Kerna kita menolak segala bencana
Dan asyik bergembira dengan nikmatnya
Sedangkan semua ini adalah takdirNya
Dan kita harus bersyukur sentiasa



rangkap 5:
'lumrah' atau 'fitrah' ni terjadi sebab mnolak bencana dan selalu leka dengan nikmat yg Allah beri. ingatlah smua yg Allah beri, Dia boleh tarik balik bila2 masa yg Dia suka. Kita sbgai hamba perlu sentiasa bersyukur.

Bukannya teka teki gurauan hati
Sekadar melindung kasih yang tersembunyi
Bukan mudah mencari kasih abadi
Dalam terang ia sembunyi



rangkap 6:
penyanyi enggan mnyatakan cinta kpd kekasihnya kerana dia telah pun jumpa cinta sejati. dia mnyatakan bukan senang mnjumpai cinta sejati. 
'dalam terang ia sembunyi' - jika kita cari sesuatu bnda dalam gelap, msti ada torchlight, suluh dan jumpa. berbeza dgn cinta sejati(yg penyanyi maksudkan). dah bersuluh pun masih xnampak. begitulah penyanyi gambarkan betapa susahnya mncari cinta sejati.


well-played damasutra. well played. *applause*
ps- aku dgr lagu ni dalam 50x (not back-to-back) pun masih rasa ada maksud tertinggal. hmm.. 
klik sana utk download lagu

Monday, September 5, 2011

Krabi

As-salam..


Aritu, 2hb hingga 3hb aku ngan famili p melawat krabi. xtaw kat mana krabi? kat thailand la. pejalanan memakan masa 6 jam dgn keta. better kalau nk kluar msia isi tangki minyak sampai penuh, sebab minyak kat siam mahal. 2x ganda dari minyak di msia.

dari bukit kayu hitam ke krabi. siap passport!


konvoi 2 bijik keta akhirnya sampai la kami kat ao nang beach, krabi. tidoq kat ao nang beach resort. boleh tahan dia punya harga dan puas hati la. bilik lawa, dekat dgn pantai pulok. aku xkisah sgt, bukan aku bayar.wakaka .

 bilik ni dalam lingkungan rm 100-200 semalam. deluxe class
depan hotel.

esoknya kami p melawat kat pulau2 sekitar. mmg best!!!! alhamdulillah cuaca elok, boleh snorkeling ngan aman. tgk batu karang, timun laut / gamat. best baq hang. ayaq jernih ikan jinak.

hoho. rasa nk bela lam akuarium ja

gambaq x uplod ke fb. ke picasa . soon.




                                                                               

Wednesday, August 17, 2011

keta vs rumah

As-salam..

just nk bagi pendedahan kpd anda yg lelaki. yg pompuan nk taw boleh gak. nnt lepas kahwin atau sebelum, apa yg kita nk pilih utk beli dulu? keta atau rumah.

'kalau ada keta, senang sikit nk jalan2. stay kat umah mentua ka rumah mak dulu ka. nnt boleh cari rumah.'

'beli rumah dulu la.' nak tiduq mana nnt? tapi rumah mahal sgt la.'

hoho. bagi aku la kn, pendapat saja. baik beli rumah dulu la. sebab apa ampa taw? harga rumah akan sentiasa naik dan mustahil akan turun. MUSTAHIL. so kalau beli awal, boleh dapat harga murah. beli lambat, mahal. harga rumah la ni (1 lot) sbyk 200k(area alor star) sebijik. harga dulu2 dlm 60k. area kl aku xtaw la. melambung2 naik. harga rumah mustahil akn berkurangan sebab tanah atas muka bumi ni akan sentiasa berkurangan dek peningkatan penduduk.

bila pemegang geran tanah taw situasi ni, mereka akan jual tanah dgn harga mahal. pihak pemaju pulak akn bina dan jual rumah dgn harga yg lebih2 mahal dr harga tanah. nk untung la. so sebab tu mustahil harga rumah akn berkurangan.

tambah2 pulak sapa2 yg plan nk buat anak sampai 10 orang, mesti fikir dulu pasal wasiat.
'tanah ni aku nk bg kat anak sulong. eh, anak bongsu xdpt tanah?'

tp xpa, kalau tanah tu kerajaan nk beli ka maxis nk beli ka (nk buat pencawang), tu kira 1 durian runtuh la. sebab UNTUNG!! sewa tanah sebulan < 10k.

so, belajaq rajin2 dapat keja besaq2  ,beli tanah banyak2 dan buat anak byk2. LOL. renung2 kan dan selamat beramal.




Saturday, August 6, 2011

lelaki igauan?

As-salam..

tadi check kat fb, aku terjumpa sesuatu yg mnarik. ada dak pmpuan ni forward post pasai lelaki.


♥ Lelaki yg BAIK : lelaki yang boleh bimbing wanita ke jalanNya ~♥
Lelaki yg COMEL : lelaki yg berpakaian baju melayu @ jubah dan menuju ke masjid ~♥ Le
laki yg SWEET : lelaki yg selalu bercakap dengan nada yg rendah ~♥ Lela
ki yg ROMANTIK : lelaki yg menghadiahkan sebuah doa setiap hari ~♥ Lelaki
yg CHARMING : lelaki yg mengingatkan si dia tentang ibadat ~♥♥ITU lah
Lelaki yg menjadi igauan wanita♥♥ :)



haha. aku gelak sbb bnda ni dah kurang relevan. bukan 100% relevan. kurang!. sebab pmpuan zmn la ni (bkn smua, mostly) xtgk dah la kriteria2 ni. nk taw sapa laki2 igauan wanita?




   mamat korea rambut hitam lurus mata sepet kulit putih. kalau mai malaysia keja sapu sampah pun pmpuan nak!  


                                       beckham! reti men bola mcm cron ngan ozil           


aku kalau nk pilih pasangan hidup, mintak simpang la dari jadi mcm salji. salji, bnda yang xdak kat malaysia (kalau import ada la). dulu aku suka gila fly, boleh men salji. 1st time memang best. dok dlm 2-3 hari cmtu, dah bosan dan rasa annoying. sebab bila salji masuk dlm kasut, cair dan stokin berbau. lagi 1, kalau x berhati2, boleh tergelincir jatuh. kena wipe salji kat cermin keta lagi 1 hal. (aku xdak keta)


so, expectation trhadap salji yg sudah skian lama tggu, rupa2 nya hampeh. time tu baru rasa tertipu. anyway, aku berharap peratus relevan ttg post fb tu akan sentiasa meningkat.


tgk la video ustaz idrus ni kat bawah. sambil gelak, sambil dpt ilmu. :)




Thursday, July 28, 2011

nak balik

as-salam..

esok aku betolak ke frankfurt, jumpa dgn idil jap, member lama kt kisas.
pack2 ing barang, mmg jauh bebeza dgn time nk dtg sini (deustchland).
beg ringan. xtaw nk sumbat apa da.
tp sedih, sebab ad urusan blum selesai, iaitu cari rumah baru.next sem baru nk cari.
(mluat tangguh kerja.) tp nk bwat mcmna, bulan 10 rumah baru frei.
xtaw bli hadiah kat famili.

da~. auf wiedersehen deutschland!
cuti 2 bulan x lama mana.

Thursday, July 14, 2011

g+ vs fb

As-salam..

Jom kita cakap pasal social network pula. g+ atau google plus adalah laman web sosial yg setanding dgn fb. tp bagi aku, g+ ni far2 away lebih better than fb. apa2 function yg fb ada, g+ pun ada. tp g+ tambah lg function. jom check-it-oot:

- basic g+ ada 4, iaitu huddle, circle, hangout, and spark. huddle ni mcm instant chat antara g+ users via mobile. circles ialah group of friends. bila kita post 1-1 benda, kita boleh edit samada visible to circles yg mana. cth. "aku baru clash dgn awek aku" visible kat circle 'kawan2'. so circle 'famili' xnmpak la post tu. then, hangout. macam skype, boleh chat, web cam group conference. fb boleh web cam dgn 1orang ja. spark pula kalau kita minat dgn 1 benda, kita boleh follow latest news bout it and share with others.

-photo edit. x macam fb, photo g+ is dewa. haha. bila kita upload pic ke g+, kita boleh edit dan g+ akn dptkan detail ttg pic tu. eg: camera used, iso speed dll. kita boleh set location taken via picasa. pic boleh rotate kiri kanan (fb pun ada function ni) dan face auto detection. boleh tag orang terus dgn klik kat muka orang tu.

- +1 button, mcm 'like' button fb. kalau kita google, mesti ada +1 button kat sebelah
                                      
- kalau kita webcam dgn orang asing yg cakap bahasa siam, contohnya. g+ akn translate apa yg dia cakap ke bahasa yg kita suka.

- ada plug in fb kat g+. maknanya, boleh check news feed fb kat home google plus.
  download plug in

byk lagi function yg best kat g+. kalau nk taw, buat lah satu akaun g+. jgn lupa add aku, link boleh tekan kat logo g+ sebelah kanan ni.
thx 4 reading.

                           

Wednesday, July 6, 2011

bersih 2,0

As-salam..

Kita semua taw, pada 9/7/11 akan diadakan 1 demonstrasi besar2an, bersih 2.0,yg dianjurkan oleh Ambiga Sreevenasan. Aku melihat demonstrasi ni dari sudut 'atas pagar', xsokong kerajaan, xsokong pembangkang. aku telah baca banyak artikel ttg bersih 2,0. and ni la aku boleh rumuskan:

Advantage 2,0

  • pilihanraya Malaysia akan bertambah adil, saksama. (terdapat bukti yg SPR tidak berlaku adil dalam pendaftaran pengudi. ada pakcik sampai 131 tahun. bukti + ic: 801231130313 )


Disadvantage

  • Rakyat, peniaga akn rugi, (demonstrasi tu akn menjejaskan keselamatan orang awam dan merosotkan perniagaan)
  • ekonomi merosot (seperti di mesir, demonstrasi menjatuhkan Hosni Mubarak.)
  • perbalahan, umpama ada 2 Malaysia. tgk demonstrasi pun macam nk p perang, Malaysian vs Malaysian.
info menarik: 
Yang dipertua Baginda metitahkan supaya Bersih diadakan di Stadium dan Ambiga menyahut seruan Baginda dengan baik. tp belum ditetapkan lagi Stadium mana 1.

komen aku: 
kuasa, pangkat, duit dan pengaruh menjadi kegilaan politiker. rasuah, penyelewengan harta, fitnah memfitnah, menyembunyikan yg benar, dan mendedahkan kebatilan politiker lain menjadi jalan utk mencapai matlamat. Generasi muda dah tak berminat utk tahu perkembangan politik, kerana ia 'mainan orang tua2'. Mereka lebih berminat kepada hiburan. Siapa yang akan memimpin Malaysia dgn adil seperti Rasulullah dan 4 khalifah pada masa depan? 

sumber rujukan:

Monday, June 27, 2011

jigoku shojo

As-salam..

aku baru abeh tgk cita anime Jigoku Shoujo(season 3). Best btul anime nih. ia cita pasai kehidupan manusia yg dipenuhi dgn dendam. cita bagaimana dendam manusia yg akan sentiasa berulang2. tp x selalunya orang yg berdendam tu jahat. man, seronok gila. aku dapat mesej yg editor anime ni nk sampaikan..

but, cita dia agak bosan, sebab dia punya tone sama ja. monoton. spoiler alert, episode 1 dgn 3 episod last setiap season yg paling bermakna. episod lain sama ja. tp kalau nk tgk, kna tgk dari season 1 pastu Futakomori n lastly Mitsuganae, baru phm.

                                               
                                                 
ok. sambung stadi. silent fb.

Sunday, June 19, 2011

Hari Ibu

As-Salam..

bekenaan Hari ibu yg kita sambut pd bulan mei hari ahad minggu pertama, aku dgr2 ada yg ckp xboleh sambut sebab tu perayaan agama lain. Tp, bg aku (time tu) boleh ja, asalkan x bukak aurat n laggar syariat sudeh.
But i'm totally wrong. it's all clear when i see this ceramah


Wallahu'alam

Saturday, June 4, 2011

homo

As-salam..

aku dah muak dah dgq:

"suka ati aku la lesbian ka gay ka, ada kacau duit hang ka?"

"memang orang benci ngn kami( gay / lesbian). eei tolong skit. dari korang nk ceramah kat kami, baik korang gi ceramah kat mat2 rempit tu dulu. kami mcm ni, biar kat kami la. sekurang2 nya kami x kacau orang lain mcm mat rempit tuh."

"gay ke lesbian ke, it's a human right kan?"

kenapa ada orang homo ar? something wrong with their sexual desire.. homo mmg la x kacau duit orang lain, tp bila kena laknat, turun bala kat semua orang. maw ka negara kita yg aman damai nih dilanda tsunami ka, gempa bumi ka.

aku xtaw nak cakap apa dah. rasa cm nak cita pulak kaum Luth kat depa, bagaimana Allah menterbalikkan bumi kaum Saddum. tp kalau cita, cam x berhikmah pulak. kita kena tarik depa skit demi skit supaya depa paham. pastu baru cita pasai azab neraka. tak gitu?

seriously, aku mmg pelik dgn geng2 homo. cmna la desire depa boleh sangkut kat sesama spesis? aduuuh! anyway, tgklah vid ni dan jgn lupa baca komen2 kat bawah tuh. ni video kat malaysia beb! it's a human right kan?

tgk jgn x tgk.klik sini. XD
hingga akhir nanti~

Saturday, May 28, 2011

suruhan ibubapa.

As-salam..

dalam kita sedar x sedar, tahukah kita yg setiap arahan ibu bapa itu WAJIB?. mgkin ada yg tahu, tp belum mendalam. perhatikan saja surah Luqman ayat 13 dan 14 dan al-Ahqaaf ayat 15, bagaimana Allah menyuruh hamba-Nya mentaati suruhan ibu bapa dan janganlah mentaatinya, jika mereka menyuruh kpd perkara2 yg dilarang oleh Islam.

"Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada orang tuanya."

mari kita lihat dlm realiti kehidupan sebenar.

"mat, jom ikut ayah masjid, dengar ceramah. malam ni ustaz Syamsuri mengajaq."
"xpa la ayah. mat sibuk nk bwat assignment ni."

"mat, jom solat isyak jemaah. dapat pahala lebih sikit."
"xpa la ayah, ayah solat dulu."

"mat, berhenti la main game tu.. rosak mata nanti."
"ok2. nak tutup la ni." (2jam kemudian baru tutup)

nampak tak? ayah aku ajak solat jemaah n dgq ceramah tp aku tolak dgn 'baik'. camtu la ngn game tu. sebenarnya, setiap arahan (eg: solat jemaah, p masjid dgr ceramah, n berenti main game) yang hakikatnya HARUS/SUNAT bertukar jadi WAJIB, bila ibubapa suruh. berdosa besar kalau tak buat!

Apa beza ajakan dengan suruhan? bezanya, ajakan tu ialah suruhan tp diekspresikan dalam nada yang baik. but still, ajakan tu boleh dipanggil sebagai suruhan. ini lah yg aku dengaq ustaz mengajaq kat masjid. sedih gak, aku byk buat dosa ngn ibubapa aku secara x sedar. ;(

Sunday, May 8, 2011

Filem plg best zaman ni!

As-salam..

anda penah tgk filem pls best dlm hidup anda? filem apa? avatar? transformer? harry poter? haha. smua filem tu x best. nk tgk filem plg best? ni la filem yg anda tgh tgk skrg. 'kematian osama bin laden.' ok. aku start dgn sejarah hitler dulu.

seperti mana yg anda taw, hitler tlh buat pembunuhan beramai ramai org yahudi. so org yahudi ni yg dari dulu xdak tanah mereka sndri menagih simpati dari beberapa negara utk mnubuhkan negara sndri. negara2 tertentu(allied force) dah bersetuju dlm 1 perjanjian memberi tanah kpd yahudi, iaitu palestin. allied force ni pun bunuh la org2 islam kat palestin tu dan clearkan palestin dan wujudkan negara israel.

cita kedua, 11 september. bayangkan sebuah bangunan kemegahan usa, wtc musnah mcm tu saja oleh serangan brani mati sebuah jet pejuang. mmg x masuk akal sbb usa kan teknologi dia power gila, xkan sebuah jet masuk negara sndri pun xtaw? radar masuk ayaq ka cheq? so bg aku, ni smua fitnah. bush time tu tuduh osama bin laden, bekas ketua al-qaeda. part ni yg tricky. bgku osama bin laden ni hanya la pelakon

ya, pelakon! bush @ obama bg duit kat osama supaya belakon n sebagai alasan dia nk serang tanah arab dan kaut minyak2 kat sana. secara logik, x mungkin usa x dpt cari tmpat persembunyian obama sbb kemajuan teknologi usa (radar, satelit). 1 lg, try google gambaq kematian osama bin laden dan anda akn jumpa gmbaq kematian dia (edited version). sbb apa obama bunuh pelakon upahan dia? aku xtaw. ni smua hny pendapat aku saja. sama2 kita saksikan filem ni sampai habes!

Wednesday, April 27, 2011

Grenoble

As-salam..

22-26 april 2011 aku p grenoble, perancis. kat sana ada sport festival, main futsal, ping pong, basket, volleyball, tp aku x masuk pun. saja ja p tgk2, makan angin. tp still kena bayaq duit accomodation, makan n konsert hujan. lahh. hujannn. aku layan zaman muda2 dulu, tp bila depa buat performance, aku still boleh follow lagu depa. konsert depa mmg best ah.

part yg x best ialah organiser. sorry to say la tp ni the truth. kami hidup cam pelarian lak, tidoq ramai2 dlm 1 halaman dl rumah, share 1 bilik ayaq yg x boleh dikunci . pastu tunggu makanan yg lambat disediakan. makanan pun amat 'menyelerakan' . tolong improve korg pny servis ye next time. :)

perjalanan dari weingarten ke grenoble mkn masa 1jam, dgn menaiki kereta. kami konvoi. keta 3 bijik. haha. stail. malas nk cita banyak. tgk pics kat facebook aku sudeh

Sunday, April 17, 2011

ok! dah dapat.

As-salam..

berhubung dgn post yg lalu, aku dgn ini mengisytiharkan website itu tidak mggunakan syaitan2. ssguhnya syaitan2 x besalah dlm hal ni.. haha. yg bersalah ialah senior2. damn! kami junior ni kna kencing camtu ja. damn 20x!

siapa2 yg tgh baca blog ni mmg betuah. sebab aku akn tunjukkan trick tu.
1.  bukak website ni (aku bagi laaa, dh bkn keja setan)
2. kat box petittion, tules jawapan bagi soalan anda. dimulai dgn titik (.) dan akhiri dengan titik (.) gak
3. tulis soalan dlm bahasa inggeris. nak lagi syok, tules dlm bahasa kedah.. haha. akhiri soalan dgn tanda tny (?)
contoh:
petition : .blue. answer the following question (bila ditaip, akan kluar : peter, please answer .....)
question :  aku pakai baju kale apa?
answer : blue

bnda ni seronok dimain dgn 2 org kawan minimum. bila dah jadi, belakon la skit, cakap la "aku pun xtaw, web ni mmg berhantu" bg kwn2 anda cuak skit. haha
selamat mencuba!

Monday, April 11, 2011

aku bingung dgn website nih

As-salam,,

Penah x ampa bukak application kat facebook. mcm 'tanya tuk'. and, kita tanya, tok tu jawab jawapan merapu. contohnya. "tok, girlfriend saya btui2 suka saya ka?" and jawapannya, tok sakit prut la, nnt la jawab.

haha.. bkn application tu bwat aku bingung.

smlm aku lepak kat umah senior. senior cita dia penah tanya soklan kat 1 website ni. dia tanya, contohnya: saya pakai baju kale apa sekarang? berapa orang ada dlm bilik ni? n semua jawapan yg diberi tu smua btul. senio aku agak takut nk bukak web tu lg(pdhal bukak jugak, takut2 pun.. haha) hmm,, tp aku xcaya. mgkin web tu mcm application fb. xkan la dia 'pandai' sgt, taw abes hal2 si penanya..

then, malam tu, lepas kami main kad pakau, aku bukak la web tu.. aku tanya 'what we did just now?' dia jawab "i refuse to answer.' aku tny g 'how many sibling i have?' dia jwb 'watch ur person next to you!' aku pkiaq, mmg sah la web ni merapu. mmg jawapan dia fix mcm application fb. aku tny g 'why u dont want to answer my questions?' jawab 'spectral disturbance'
pastu kwn aku Ali(bkn nama sebenar) tny 'am i a boy or a girl?' dia jwb 'i'll answer when u stop proving me.

pastu senio aku ni amek kibod, dia tules 'why you don't answer them?' nak taw apa jawapannya? 'Ali and shairani don't trust me" WTF! cmna dia taw nama aku ngn kwn aku nih? time tu aku da mula cuak. web ni mmg 'hidup', mcm kita tny kat orang, bkn web. pastu dia tny lg, dalam bahasa slang KL ,"kat mane kak limah(bkn nma sebanar) tggal?" n jawapannya mmg tepat. contoh, no 12, jalan kampung pisang. kak limah pn time tu cuak nk balik umah..

seriesly, aku mmg bingung ngn web tu. aku rasa tu mmg keja syaitan. aku xnk dedahkan web tu kat orang, sbb aku rasa nnt orang salahguna n boleh datangkan syirik. xpasal2 dosa pon sangkut kat aku skali. misteri2.

ps- aku reka cerita? nk bukti? xde masa aku nk tipu ampa. kalau aku tipu aku tanggng dosa. buktinya, aku xmaw kasik link web tu..aku dah gtaw, takut dtgkan syirik

Sunday, April 3, 2011

Cerita Rakyat

As-salam..

Aritu aku lepak ngn senior. Dia cita skit la pasal cita senior2 lain jumpak hantu kat German. haha.
So kalau anda lemah semangat, xyah la baca. tapi kalau jenis kaki tgk paranormal activity, truskan baca..

1. Cita ni kat Weingarten kot, kalau x silap. senior jumpak hantu pocong. Malam tu dia kluar nk p Keller (basement) tjumpak pocong.

2. Yg ni pun pocong gak. Senior Mannheim. malam2 dia dgq orang dok ketuk meja stadi dia. tuk tuk tuk. dia malas nk layan, trus pejam mata. dia bukak mata, bunyi tu xdak. dia tutup ada. Skali tu dia bukak mata, pocong tu dok depan mata dia truih.

Haha. Ntahla senior. aku jenis payah nk caya cita2 hantu nih. pocong tu mai dari msia naik apa r? kapai terbang gak kot. huhu..

Monday, March 28, 2011

Hausewarming


As-salam,,

taw tak apa tu hause warming? pemanasan rumah. nak kasik rumah tu panas, kna ada party, borak2, makan2 lps pindah. tu la hause warming

Ni pics hause warming kat Albstadt. Seriously best. jumpak ngn senior2, kawan. bole mngubat kebosanan..



Tuesday, March 22, 2011

apa nih?

As-salam,,

xtaw la nk cakap apa dgn dunia zaman sekarang nih. semua dah tunggang tebalik. Jepun kna tsunami n yang terbaru nih, Libya kna bom. yg sadisnya, geng2 pemberontak kat Libya tuh mnx Allied Force pengeboman ke atas Libya utk mggulingkan kerajaan yg sedia ada. tengok, sejarah berulang lagi. kita belajaq pembesar2 Melayu dulu mnx bantuan British utk kepentingan sendri. tp yang parahnya, orang lain. depa yg x besalah pn kena

Allied Force: US ,Britain, Perancis

aku rasa kiamat mmg dah dekat. pd pendapat aku, Allied Force ni la Dajal yg akn muncul nnt.

Dajal akn menghidupkan orang yg telah mati lalu bertanya kpd manusia "Siapa Tuhanmu?" Sesiapa yg menjawab 'Allah Tuhanku' akan dimasukkan ke dalam nerakanya. ingatlah, Neraka Dajal ialah Syurga Allah.
aku umpamakan mcm ni. Seorang askar US mengacu rifle kat kepala aku. Dia tanya: Siapa Tuhanmu? kalau jawab Allah mmg aku die. It depends on Iman. tak sanggup mati, jawab lah US.

Anyway, boleh jadi betul@salah. Dajal boleh jadi US n sekutunya. dan boleh jadi makluk yg besar dan jahat. cuma skrg ni xdak 1 definisi dajjal yg begitu tepat.
yg menariknya dgn US, dia byk buat propaganda. Boleh tgk, games (COD, MOH, dll), lagu (tgk carta billboard), movies (2012, transformers dll). smua ni ada 1 motif ja, mnunjukkan US tu kuasa yg hebat, supaya orang lain takut kpdnya.

It really needs to depend on your Iman now, not depends on other easy-to-be-fooled people. Kuatkan Iman, jgn takut kepada manusia dlm urusan Allah, tp takut kpd Allah dlm urusan manusia.

Saturday, January 29, 2011

memberi menerima

as-salam..

hidup ni kita mesti memberi sth dan menerima sth. thats the rule. jika kita hanya memberi sth tanpa menerima atau hanya menerima sth tanpa memberi, orang sekeliling akan berasa tdk senang dgn kita.