Showing posts with label lagu. Show all posts
Showing posts with label lagu. Show all posts

Friday, September 23, 2011

Seribu Bayangan

As-salam..

aku nk cita pulak pasal lagu. lagu faberet aku nih. Damasutra - Seribu bayangan. aku peminat lagu rock 90an. tapi band damasutra ni lain dari yg lain. byk band mcm xpdc, bpr, spin, laksamana byk mgisahkan cinta antara 2 insan. mcm2 la. lagu angau, lagu sedih, lagu gembira. byk lagu damasutra mnceritakan kisah cinta antara hamba dgn Penciptanya. jum usha lirik lagu dia. (aku tafsir lagu ni mgkut kepala otak aku ja, jgn marah. hihi).

Kau masih menduga sehingga kini
Andai ku bersenda dengan teka teki
Seribu bayangan aku gambarkan
Masih lagi kau tak mengerti

rangkap 1:

penyanyi mcm bercakap dgn kekasih dia yg masih keliru samada penyanyi mncintai kekasih dia ataupun x.

Sedalamnya lautan tingginya bulan
Bisa disentuh dengan pengetahuan
Sepahitnya hempedu bisa ditelan
Jika itulah penawarnya



rangkap 2:
penyanyi ambil contoh bulan dan lautan simbolik kepada dunia. jika kita mngkehendaki dunia, mesti dgn ilmu pengetahuan. orang berilmu akan berhujah dengan ilmu 'jika itu penawarnya' .
Inikan pula perasaan
Yang lahir dari jiwa
Dan kita sama sama merasa
Denyut kasihnya



rangkap 3:
berbalik kepada penyanyi, perasaan cinta yg lahir dari hati dan dirasai oleh kedua2 pihak (laki ngn pmpuan) mesti juga digunakan dgn 'berilmu'.

Bukan sengaja aku merahsiakan cinta
Tapi curiga kau kan tersalah sangka
Kerana kita rasa bangga bila dipuja
Dan rasa keji bila dihina



rangkap 4:
penyanyi tidak menyatakan perasaan cinta kpd kekasihnya kerana takut cintanya kpd kekasih hanya mainan dan sementara. sudah jadi lumrah kita bangga dgn pujian dan sudah jadi lumrah kita rasa dihargai bila seseorang mngungkapkan perasaan cinta. dan jugak sudah jadi lumrah kita rasa keji bila dihina dan sudah jadi lumrah kita rasa x dihargai apabila seseorang yg kita sayang hny diamkan diri(xmluahkan perasaan)

Kerna kita menolak segala bencana
Dan asyik bergembira dengan nikmatnya
Sedangkan semua ini adalah takdirNya
Dan kita harus bersyukur sentiasa



rangkap 5:
'lumrah' atau 'fitrah' ni terjadi sebab mnolak bencana dan selalu leka dengan nikmat yg Allah beri. ingatlah smua yg Allah beri, Dia boleh tarik balik bila2 masa yg Dia suka. Kita sbgai hamba perlu sentiasa bersyukur.

Bukannya teka teki gurauan hati
Sekadar melindung kasih yang tersembunyi
Bukan mudah mencari kasih abadi
Dalam terang ia sembunyi



rangkap 6:
penyanyi enggan mnyatakan cinta kpd kekasihnya kerana dia telah pun jumpa cinta sejati. dia mnyatakan bukan senang mnjumpai cinta sejati. 
'dalam terang ia sembunyi' - jika kita cari sesuatu bnda dalam gelap, msti ada torchlight, suluh dan jumpa. berbeza dgn cinta sejati(yg penyanyi maksudkan). dah bersuluh pun masih xnampak. begitulah penyanyi gambarkan betapa susahnya mncari cinta sejati.


well-played damasutra. well played. *applause*
ps- aku dgr lagu ni dalam 50x (not back-to-back) pun masih rasa ada maksud tertinggal. hmm.. 
klik sana utk download lagu