Beliau ialah seorang penduduk bumi dan langit. Ketaatan beliau kepada ibunya dan kecintaannya kepada Rasulullah sehingga beliau sanggup memecahkan giginya dengan batu tatkala mendengar gigi Rasulullah patah dek serangan musuh tidak dapat dinafikan lagi. Namun beliau menjadi bahan ketawa oleh penduduk Yaman kerana kemiskinannya.
Beliau ingin sangat berjumpa dengan Rasulullah kerana hatinya sangat mencintai kekasih Allah itu, namun jarak memisahkan mereka.
Pada suatu hari, Uwais meminta izin daripada ibunya yang sakit tenat untuk ke Madinah untuk melawat Rasulullah dan ibunya membenarkannya dengan syarat beliau perlu pulang segera selepas melawat Rasulullah.
Ketika sampai di Madinah, alangkah kecewanya Uwais apabila Saidatina 'Aisyah memberitahu bahawa Rasulullah tiada di rumah. Baginda keluar ke medan perang. Uwais hanya mengirimkan salam kepada Baginda lalu terus pulang ke rumahnya di Yaman kerana ibunya sangat sakit.
Sekembalinya Rasulullah dari medan perang, Baginda memberitahu kepada isteri dan sahabat- sahabatnya bahawa Uwais al-Qorni ialah penduduk langit dan bumi. Mereka tercengang mendengarkan sabda Baginda.
Setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW, Khalifah Umar pergi berjumpa dengan Uwais al-Qorni. Beliau mendoakan kepada Uwais yang ketika itu sudah kehilangan ibunya. Beliau berjanji untuk memberikan wang daripada baitul mal namun ditolak oleh Uwais.
Katanya, "Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi"
Selepas peristiwa itu, tiada orang pernah berjumpa dengan Uwais. Namun ada sesetengah orang pernah berjumpa dengan beliau di tengah lautan ketika ribut taufan bertiup kencang. Pedagang2 yang berada di atas kapal berasa hairan dengan seorang lelaki yang mengerjakan solat di atas air. Mereka meminta bantuan daripada lelaki tersebut menyelamatkan nyawa mereka kerana kapal mereka hampir karam.
Lelaki itu menyuruh mereka bertawakal kepada Allah dan dengan lafaz Bismillah, mereka perlu terjun daripada kapal tersebut.
Para pedagang tersebut melakukan apa yang disuruh dan dengan izin Allah, mereka tidak tenggelam. Mereka bertanyakan siapakah lelaki tersebut dan ternyata beliau ialah Uwais al-Qorni.
Ketika saat kematian Uwais, ramai yang datang berebut-rebut untuk memandikannya dan menguruskan jenazahnya. Apabila dibawa ke kawasan perkuburan, ramai yang sudah ada di sana.
Penduduk Yaman berasa hairan. Siapakah mereka? Apakah yang membuatkan Uwais sangat terkenal dan dihormati sebegitu rupa, sedangkan dulu dia hanyalah bahan ketawa penduduk Yaman? Barulah penduduk Yaman tahu bahawa Uwais al-Qorni tidak terkenal di Bumi, tetapi sangat terkenal di langit

-by matt
No comments:
Post a Comment