Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Sunday, March 2, 2014

turun temurun

As-salam..

ni cita dari ayah aku la. time tgh breakfast. ntah cemna leh terdiscuss.

Zaman tok ayah aku, my grand grandfather's age, islam baru mula bertapak di tanah melayu dan masih lg lemah di area kedah. kalau geng2 p surau/masjid boleh la mngaji kitab dan tambah ilmu. tapi yg jenis mls p masjid akn jahil dan x mngenal islam.

maka hiduplah orang2 ni dgn kepercayaan animisme spt mana tok nenek depa dlu. antara yg paling ketara ialah depa ni suka bela hantu raya. bela hantu ni ibarat cam bela kucing pada zaman tu. tp bela antu raya bukan untuk aniaya orang len, tp untuk membantu survival hidup.

contohnya bela antu raya untuk tolong kt sawah, pasang atap rumah, dan jaga rumah dari pencuri. perlu diigtkn kt sini ialah hantu saja yg kerja, boss goyang kaki. tp kena la bg makan teloq ka ayam ka kambing ka, tgk la selera antu tu. hantu tu pulak bila kerja, dia mnyerupai rupa tuan dia. so boleh la tgk 2 orang doppelganger pok mat wat kerja kt sawah.

masalah timbul bilamana the bearer (si pembela hantu) nak meninggal. dia kena release hantu tu ke dalam hutan atau passing ke anak dia atau dia mati dan hantu tu consume badan tuan dia. byknya depa wariskan ke anak2 depa (saka) dgn tujuan leh jaga kebun dll. tp lama kelamaan makin kurang orang yg nk ambil hantu pusaka tu. maka matilah tuan hantu tu, dgn hantu raya dalam badan dia. bila badan tuan dia reput, dia kluaq smbil kacau2 penduduk kampung dgn muka tuan dia.

arus modenisasi hari ni dah menamatkan era animisme. namun ada jugak yg buat. tp sangat sangat rare nk jumpa.
tp benda ni still terjadi di sabah. datanglah kota belud. bukan hantu raya, tetapi penanggal.


Wednesday, December 12, 2012

21.12.2012

As-salam..

aku rasa semua dah tgk movie [2012] .

dari tules post tu hingga la 10 hari lg 2012, cepat btul masa belari. the rumors say the world will end at 21.12.2012.

orang islam, selagi dia berpegang pd quran dan sunnah, xkan percaya benda ni. tarikh hari kiamat ialah rahsia Allah. manusia x mampu berfikir, even mayans.

pun begitu, ada jugak manusia yg percaya. hingga takut sgt dgn armageddon ni, sanggup dia blnja duit ratus2 ribu nk buat kapal. [link]

persoalannya, dari mana kita taw rumors ni? obviously, dari movie. kalau xdak movie 2012 tu xkanlah kita rajin2 nk google "what mayans said about armageddon".

see, movie 2012 bkn ja movie yg hny entertain people shj mcm spiderman ,the avengers, transformers. but affected the way peoples live. kalau producer tu x publish movie 2012, mst manusia2 x gelabah mcm mamat kt china tuh.

kdg2, kita terasa takut dgn hari kiamat besaq, yg mana bulan jatuh ke bumi, planet2 belaga antara 1 sama lain, mak tnggai anak, saudara x knai saudara, yg terjadi hny skali.

tp selalu, kita x terasa takut dgn hari kiamat kecik, yg selalu terjadi pd orang skeliling kita, iaitu mati.



Sementara kita masih hidup ni, rebutlah stiap saat utk tmbahkan pahala dan kurangkn dosa. kalau nk compare amal ibadat kita dgn para Sahabat, tabi'in, mmg cap ayam. tp jgn putus harapan dgn rahmat Allah. Bykkan berselawat kpd Nabi Muhammad SAW kerana bagindalah yg hny boleh mmberi syafaat di padang mahsyar. "ya Ummati, sallimna" (ya umatku, berkumpullah.) sedangkan para Rasul lain hanya "Nafsi²"(sendiri²).

Sunday, January 10, 2010

perbandingan



aku dah baca 1 artikel kt iluvislam. menarik dan agak mngegarkan otak aku. artikel ni berkaitan dgn 1 perbandingan yg dibuat dri kaca mata pnulis tentng perbandingan antara remaja islam Malaysia dgn Palestin. mnurut pnulis, terlalu byk perbezaan dri segi kualiti kehidupan

  1. pnulis mnceritakan ttg kisah seorang adik yg berumur 12 tahun, berwarganegara palestin, dan sgt berani. beliau syahid stelah 40 hari melawan tentera zionis yg berkereta kebal dgn berbekalkan batu. tentera zionis terpaksa berundur dan kmudian meng'snipe' adik tu( Fares Audah) tepat di kepala.
  2. pnulis menceritakan tentang hedonisme (hiburan yg melampau) di malaysia dan bagaimana remaja malaysia terlalu dimanjakan dgn program realiti tv sehinggakan lbh rela mnangis kerana artis tersingkir drpd mnangis kerana saudaranya mati di tanah palestin
  3. dilihat dari segi pendidikan, bagaimana warga palestin belajar dalam keadaan susah, sedangkan remaja malasia belajar dalam keadaan yg selesa
  4. di Malaysia, artis menjadi sanjungan atau idol, mengenepikan para ulama'. diceritakan bagaimana serangan yg dilancarkan oleh israel di Arab, ketika itu Arab dilalaikan dengan kejohananan bola sepak
  5. remaja Malaysia lbh suka membuat lalu membuang bayi. bayi di Malaysia mati di dalam tong sampah, tetapi bayi di palestin mati lalu dijunjung kerana syahid
full artikel, klik sini



walaupun kita punya byk perbezaan, kita(malaysia -palestin) diikatkan atas dasar islam.

Monday, December 21, 2009

Bahtera Nabi Nuh


Cerita dari Al-Quran

Kaum Nabi Nuh menyembah berhala dan patung2. Maka, Allah telah mengutuskan Nabi Nuh utk mentauhidkan Allah dan menyembah-Nya. Akan tetapi, kaumnya memperli dan mengecilkan dakwah Nabi Nuh, hinggakan Nabi Nuh sudah tidak rela lg berdakwah stelah 950 tahun memandangkan umatnya sudah jemu dan tidak akan mengikutinya , kecuali sbahagian kecil umatnya.

Allah telah memerintahkan Nabi dan para pengikutnya yg beriman membuat bahtera dan Nabi Nuh memberitahu kpd umatnya bahawa 1 banjir besar akan melanda. Pun begitu, kaum Nabi Nuh mencemuh dan menghina perbuatan Nabi. "Nuh sudah gila. Mustahil sebuah bahtera akan berlayar di atas padang pasir," cemuh pengikutnya.

Firman Allah, "Siap-siaplah engkau dengan kapalmu, bila tiba perintah-Ku dan terlihat tanda-tanda drpd-Ku maka segeralah angkut bersamamu di dalam kapalmu dan kerabatmu dan bawalah dua pasang dari setiap jenis makhluk(manusia dan haiwan) yang ada di atas bumi dan belayarlah dengan izin-Ku."

maka dengan kuasa Allah, bercurahlah langit dengan air hujan yg maha lebat, membanjiri sehingga gunung ganang ditenggelamkan. tatkala itu, Nabi Nuh melihat anaknya bernama Kan'aan sedang bergelumang dgn air bah. Nabi Nuh menyeru anaknya bertaubat dan menyelamatkan diri bersama2 org beriman di atas bahtera, tetapi Kan'aan enggan. Dia akan memanjat sebuah gunung yg lebih tinggi, yg mustahil air akan sampai, tetapi tidak sempat.

Setelah enam bulan, pada 10 Muharram, Nabi Nuh dan org2 beriman selamat mendarat di atas bukit "Judie" dan mereka turun dgn pasangan dan bahasa masing2. Bubur Asyuraa dimasak setelah mereka selamat mendarat .


bukit Judie

-90% by matt-

Thursday, November 26, 2009

Ini Bukan Mimpi

salam..
Selamat Hari Raya Aidiladha.
Just nk share. aku sgt teruja bila baca entri ni kt iluvislam. meremang bulu romaku. huhu. Maha Kuasa Allah. baca jgn x baca. smoga jd pedoman

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Walaubagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya baru 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester. Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.

Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga. Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah.

Tiba di Madinah, semua orang turun daripada bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecah bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan.

"Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.

Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya, kita bawa dia ke hospital," kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.

Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.

Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya kepada wanita tersebut;

"Kenapa kakak menangis?"

"Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.

Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya ;

"Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak tendang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa koma?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan ;

"Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini, putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik", tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya ;

"Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih, pedih yang amat sangat, tak boleh nak diceritakan."

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.

"Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar. Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. Tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar."

"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat daripada nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui, azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.

"Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah, akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat, kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak, yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa? Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar."

Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqada'kan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan. Kakak takut, kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul-betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya ;

"Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah..."

"Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Walaubagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?

Tidak.

Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis.

Adakah ia bercanggah?

Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa ...

"Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..."

Itu dah terlambat.

Saturday, September 26, 2009

Sumayyah Binti Khayyat


SUMAYYAH BINTI KHAYYAT adalah hamba daripada kaum makhzum. Dia dikahwinkan dengan Yassir oleh majikannya. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki. Pada peringkat awal penyebaran Islam di Mekah, Sumayyah dan suaminya Yasir sudah tua. Kedua-dua anak teruna semakin dewasa. Anak lelaki sumayyah iaitu Ammar sedang meneliti aliran agama islam yang mulah tersebar di bandar mekah secara rahsia. Ammar mendapat tahu agama islam dibawa dan diseru orang seorang lelaki yang bernama Muhammad bin Abdullah. Ammar menyiasat dan menjejaki pengikut-pengikut muhammad dengan berhati-hati, bimbang diketahui oleh orang-orang quraisy yang menjadi musuh utama muhammad. Akhirnya, Ammar tiba di rumah yang menjadi tempat berkumpul muhammad dan orang-orang yang beriman.

Apabila tiba di kawasan rumah itu Ammar terserempak dengan orang yang asing di mekah. Orang itu adalah suhaib yang baru tiba dari negeri rom. Mereka berdua terus berjumpa dengan nabi muhammad dan mendengar dengan lebih dekat ajaran islam daripadanya. Kedua-dua pemuda itu beriman dengan Nabi Muhammad dan menjadi orang islam. Tanpa berlengah lagi, ammar terus kembali kerumahnya. Sebaik sahaja tiba di rumahnya, dia pun menceritakan pengalaman barunya kepada kedua ibu bapanya dan menerangkan maksud islam. Ammar menyampaikan seruan yang di bawa oleh nabi Muhammad bin Abdullah kepada orang-orang di mekah. Seterusnya, ammar mengajak kedua ibu bapanya memeluk islam.

Sumayyah dan suaminya, Yasir bersetuju memeluk islam. Sumayyah adalah orang ke-7 beriman dengan Nabi Muhammad dan memeluk agama islam pada usia yang tua. Apabila majikan dan kaum Makhzum mengetahui Sumayyah dan ahli keluarganya mengikut agama islam yang di seru Nabi Muhammad, mereka marah dan menganggap seluruh keluarga Sumayyah sebagai orang gila. Apatah lagi Sumayyah dan ahli keluarganya berani menonjolkan diri sebagai orang islam. Mereka tidak merahsiakan keimanan kepada seruan yang di bawa oleh Nabi Muhammad. Majikannya dan kaum Makhzum menganggap ahli keluarga Sumayyah sebagai berani menunjukkan tentangan dan cabaran kepada mereka. Selama ini, mereka melarang dan memberi peringatan bahawa sesiapa sahaja yang menerima ajaran Nabi Muhammad akan menerima balasan.


Penyeksaan

Keluarga sumayyah menerima seksaan yang berat. Mereka sekeluarga di bawa dan diheret keluar dari bandar mekah. Selepas diheret di tengah gurun yang panas, mereka di ikat pada batu ataupun kayu. Mereka ditinggalkan di bawah panas matahari dengan harapan mereka dan pedih dengan seksaan di lakukan keatas mereka. Sumayyah, wanita yang sudah tua juga menerima seksaan seperti orang lelaki. Bagi wanita tua, sudah tentu tubuhnya tidak kuat untuk menerima seksaan yang berat. Namun, iman Sumayyah tetap utuh. Dia bersabar atas segala ujian yang diterima. Dia mempertahankan imannya walaupun diseksa dengan teruk sekali. Sumayyah yang sabar dan teguh iman menyebabkan orang-orang quraisy rasa tercabar dan malu kerana menyeksa wanita itu. Sumayyah dianggap pejuang wanita Islam yang beriman dan ini menambahkan kemarahan orang-orang quraisy di mekah.

Pada suatu hari, Abu Jahal datang berjumpa Sumayyah dengan tujuan memujuk meninggalkan agama yang dicintainya. Tetapi Sumayyah tidak mudah dipujuk dan jawapan yang diberikan kepada Abu Jahal membuatkan Abu Jahal malu dan merasa egonya dicabar. Abu Jahal hilang pertimbangan, lalu mencabut pedangnya dan menikam Sumayyah. Tikaman itu menyebabkan Sumayyah mati dalam keadaan beriman kepada Allah dan Nabi Muhammad. Sumayyah adalah antara orang pertama yang mati syahid bagi menegakkan agama islam. Nabi muhammad yang mendengar kematian Sumayyah berkata kepada Yasir, “Bersabarlah, wahai keluarga Yasir! Sesunguhnya kamu akan dimasukkan ke dalam syurga!”




Saturday, August 8, 2009

Uwais al-Qorni


Beliau ialah seorang penduduk bumi dan langit. Ketaatan beliau kepada ibunya dan kecintaannya kepada Rasulullah sehingga beliau sanggup memecahkan giginya dengan batu tatkala mendengar gigi Rasulullah patah dek serangan musuh tidak dapat dinafikan lagi. Namun beliau menjadi bahan ketawa oleh penduduk Yaman kerana kemiskinannya.

Beliau ingin sangat berjumpa dengan Rasulullah kerana hatinya sangat mencintai kekasih Allah itu, namun jarak memisahkan mereka.



Pada suatu hari, Uwais meminta izin daripada ibunya yang sakit tenat untuk ke Madinah untuk melawat Rasulullah dan ibunya membenarkannya dengan syarat beliau perlu pulang segera selepas melawat Rasulullah.

Ketika sampai di Madinah, alangkah kecewanya Uwais apabila Saidatina 'Aisyah memberitahu bahawa Rasulullah tiada di rumah. Baginda keluar ke medan perang. Uwais hanya mengirimkan salam kepada Baginda lalu terus pulang ke rumahnya di Yaman kerana ibunya sangat sakit.

Sekembalinya Rasulullah dari medan perang, Baginda memberitahu kepada isteri dan sahabat- sahabatnya bahawa Uwais al-Qorni ialah penduduk langit dan bumi. Mereka tercengang mendengarkan sabda Baginda.

Setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW, Khalifah Umar pergi berjumpa dengan Uwais al-Qorni. Beliau mendoakan kepada Uwais yang ketika itu sudah kehilangan ibunya. Beliau berjanji untuk memberikan wang daripada baitul mal namun ditolak oleh Uwais.

Katanya, "Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi"

Selepas peristiwa itu, tiada orang pernah berjumpa dengan Uwais. Namun ada sesetengah orang pernah berjumpa dengan beliau di tengah lautan ketika ribut taufan bertiup kencang. Pedagang2 yang berada di atas kapal berasa hairan dengan seorang lelaki yang mengerjakan solat di atas air. Mereka meminta bantuan daripada lelaki tersebut menyelamatkan nyawa mereka kerana kapal mereka hampir karam.

Lelaki itu menyuruh mereka bertawakal kepada Allah dan dengan lafaz Bismillah, mereka perlu terjun daripada kapal tersebut.

Para pedagang tersebut melakukan apa yang disuruh dan dengan izin Allah, mereka tidak tenggelam. Mereka bertanyakan siapakah lelaki tersebut dan ternyata beliau ialah Uwais al-Qorni.

Ketika saat kematian Uwais, ramai yang datang berebut-rebut untuk memandikannya dan menguruskan jenazahnya. Apabila dibawa ke kawasan perkuburan, ramai yang sudah ada di sana.

Penduduk Yaman berasa hairan. Siapakah mereka? Apakah yang membuatkan Uwais sangat terkenal dan dihormati sebegitu rupa, sedangkan dulu dia hanyalah bahan ketawa penduduk Yaman? Barulah penduduk Yaman tahu bahawa Uwais al-Qorni tidak terkenal di Bumi, tetapi sangat terkenal di langit


-by matt

Sunday, July 19, 2009

facebook ni spa pny?


Aku betul betul tak tau pasal benda nih. Korang tau tak pasal benda nih?! Ades..



Sebab aku tak tau, so aku assume ramai lagi taktau pasal benda nih. So, aku tulis jer benda nih utk korang hayati dan renungi. Pada yang dah tau tu bagus la. Senang aku takyah cakap banyak lagi. Aku baru tau pasal benda nih petang tadi. Nabi cakap, sampaikan dariku walaupun sepotong ayat. Aku pun sampaikanlah kat korang. Facebook adalah produk Yahudi!! Sebagaimana kalo korang ikuti post aku sebelum nih yang menyarankan korang meninggalkan Fotopages , kali ni sekali lagi aku menyarankan anda semua diluar sana untuk Tinggalkan Facebook Demi Darah Saudara Kita di Palestin Sana!! Mungkin korang boleh beralih arah ke Friendster plak.



-Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.

-Tahukah anda bahawa pengasas Facebook , iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York?

-Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?

-Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008รข€², iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?

-Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.

-Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi) ?

Sedikit Info tentang AEPi:
1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya .
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC , Hillel , Israel on Campus Coalition , Aish HaTorah , Chabad on Campus , Hasbara Fellowships , B'inai Brith International , Shaare Zedek , Chai Lifeline , Holocaust Museum , dan Gift of Life .
Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook , maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?
Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?
Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!! Fikirkanlah. .
Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik .

Aku tak laa baik sangat. Semayang pun selalu miss. Tapi aku Boikot dan Tinggalkan Facebook sebab aku anggap diorang sebagai saudaraku sendiri. Aku tak sanggup tengok saudaraku diseksa sedemikian rupa. Aku masih ada perikemanusiaan.
p/s- Artikel pasal Mark Zuckerberg dan Facebook aku ambil bulat2 dari Sejarah2U
so..kepada saudara muslimin muslimat..tolong war2kn perkara ini!!!!!!




Friday, April 3, 2009

y Yahudi bijak?

assalamualaikom
selamat siang!

aku ada dengar lecturer german, Nikol gtaw kes pmbunuhan jews ramai2 kt jerman by hitler. aku bkan nk cita psai pmbunuhan tu.

jews dri dlu lg xdak tanah sndri. jd mcm2 la ngara yg dpa pindah randah kt dunia ni. kalu dpa msuk german mmg kna bunuh dek hitler tu. jd slah 1 cara xkna bunuh, dpa jd MERCHANT (pedagang).

Rasulullah pnah bersabda yg 9 per 10 pintu rezeki ialah pniagaan

Salahuddin Al Ayyubi pnah bekata sesiapa yang menguasai palestin, dy menguasai dunia

mcm ni la. mmg btul sabda Rasullah n
Salahuddin Al Ayyubi!!



yahudi mmg bijak..
dpa invent 1-1 bnda dan dpa jual. dpa mmg bgus dlm bisnes, matematik dll. dpa inventor, kita consumer. spa yg lg untung? kalu nk bg dpa bankrap, xyah la bli brg dpa. haiya! ni ada plak org Islam p sokong barang2 dpa. ________ pny org!

maleh aku nk kutuk org2 cam tu. x bkembang minda. aku da baca 1 blog ni. xigt la. tp aku ada quote la skit ayat2 dy. pnulis dy wat kajian, mgapa Yahudi bijak?

Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami

beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang

kewajipan untuk ibu -ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan

mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan

mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama.

merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok

Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan

kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari

murid murid ditekan dengan matapelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk

menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala

wallahua'lam

-badam n kekacang-





Sunday, January 25, 2009

romantis

A'isyah berjalan ke hulur hilir. sedang menanti seseorang. hatinya kian resah apabila memikirkan apabila suaminya masih belum tiba. selalunya pada waktu begini suaminya sudah pun tiba. tetapi hari ini sudah lewat, suaminya masih belum pulang



malam pun tiba, namun suaminya masih belum pulang. sedang asyik menunggu suaminya, A'isyah terlelap di katil.

suaminya baru sahaja pulang. dia memberi salam 3 kali, namun tiada jawapan. dia berfikir sudah tentu isterinya telah tidur. dia pun melabuhkan serbannya di hadapan pintu rumah lalu berbaring di atas serban itu.

tiba2 A'isyah terjaga apabila mendapati suaminya tiada di sebelahnya. dia meluru ke pintu dan mendapati suaminya, Nabi Muhammad terbaring di hadapan pintu berselimutkan serban. dia berasa serba salah kerana lelaki itu ialah kekasih Allah, pemimpin negara dan suaminya yang tersayang. dia tidak sanggup melihat suaminya menderita kerana kesalahannya sendiri

belum pun sempat A'isyah meminta maaf, Nabi Muhammad meletakkan jarinya di bibir A'isyah seraya berkata'

Aku minta maaf kerana aku balik lambat.



komen aku:
memang payah nk cari laki2 cmnih, kalu aku ,mmg terbang dah pintu umah tuh. haha. tp Baginda tetap laki2 plg romantis dlm dunia nih

Thursday, January 1, 2009

bole mengumpat?

mmg sah2 , trang lg bsuluh hukumnya haram. dlm surah al-hujarat, Allah bfirman "sukakah seseorang kamu mkn daging saudaranya yg sudah mati?"

mengumpat tu mmbincgkn keaiban org lain yg org tu x suka. kalu ampa dlm grup yg tgh sembg, jgnla ampa ngumpat lak.. nnt dy jd smakin hangat(org ni sambung, pastu org tu sambung)

hehe. aku pn pnah bwat. tp da mnx maaf ngn org tuh. mmg best ngumpat org tp yg diumpat tu rsa x best la. haha.

tp cuba ampa hayati hadis Rasulullah ni:

"Sesungguhnya org yg muflis d kalangan umatku ialah org yg dtg pd hari kiamat dgn pahala solatnya, puasanya, dan zakatnya, ttp dy dtg dgn dosa memaki org lain, menuduh org lain, mmkn harta org lain(dgn cara batil) mnumphkn drh org lain & memukul org lain dgn cara x benar, lalu dberi kpd yg ini (org yg dlakukn sgala dosa) drpd sgala kebajikannya, & yg ini pun dberi dri pahala kebajikannya juga, hgga habisla phla kebajikannya, sdgkn dosanya kpd org lain blum dbayar maka dambil pula dosa2 org lain & dcmpkkn ke atsnya, kmudian dy dcmpakkn ke dlm neraka"

dlm Islam, ada stgh2 situasi yg bole ngumpat:

1) org yg dzalimi- dy bole mngumpat ttg org yg mnzaliminya & mngadu pd hakim

2)mmnta fatwa - contohnya "saya dianiaya ole tunang sy, ustz. dy tu salu mnx duit kt sy. kdg2 tu smpy sy kna ambik duit smpanan smpy habes. dy tamak. xckup lg tuh. sy tpaksa mnx dri parents sy. apa sy perlu bwat skrg ustz?"

3)mmprknalkan ssorg dgn glaran - try pk 2 situasi nih

seorg driver keta(D) btnya pd seorg pak cik(PC)

SITUASI 1
D : mna umah siti?
PC : siti mna?
D : siti yg giginya senget2 skit tuh
PC : owh. siti rongak. umah dy blkg masjid nun

SITUASI 2
D : mna umah siti?
PC : siti mna?
D : siti yg giginya senget2 skit tuh
PC : owh. siti rongak. PC knai dy sgt. dy tuh kdg2 mkan coklat selori sehari.aritu
PC p umah dy. dari subuh smpy maghrib, mulut dk pnuh dgn coklat
D: awat jd camtuh
PC: dy tuh sbnarnya.....pot pet pot pet

situasi 1 dbnarkan. situasi 2 da jd dosa

lani ampa dah jlas dgn mengumpat. tq coz sudi mmbaca


SITI RONGAK hanya rekaan semata2. xdak kaitan ngn yg idop mahupn da mati