Friday, November 7, 2014

Kawen: dari mata aku pt1

Allah ciptakan laki2.
Allah ciptakan perempuan.

Dalam hati laki2 diciptakan pulak perasaan suka kpd perempuan.
Perempuan suka laki2.

Bila laki2 dan perempuan sama2 suka, mereka akn terasa ingin hidup bersama.
Maka mereka pon berkahwin.

Well, secara kasarnya, tu ja apa yg aku paham pasal laki2 dgn perempuan. Apa sebenarnya perkahwinan? Apa erti hidup dengan makhluk yang berlainan jantina dgn kita? Kenapa perlu amek anak dara jagaan orang tuanya utk kita jaga? Kenapa kita perlu kahwin? Mgkin ada yang kata aku bodoh, sebab jawapan2 bg soalan di atas begitu mudah utk dijawab. Biarla. depa ada jawapan sendiri. Bagi aku, aku tengah mencari jawapan2 bagi soalan2 tu. Bila aku dah clear, puas hati, 100%, baru aku kahwin.

Ada orang kawen ikut trend. Kawan2 kawen, dia pon nak gak. tapi still dia xtaw jawapan2 soklan diatas. Ada orang kawen sebab mak pak suruh. dah tua bangka umoq nk dekat 40 xkan nk single lagi? Mak ayah pon nnt nk masuk kubuq, xdaaann nk timang cucu. Last2 kawen tapi still dia xtaw jawapan2 soklan diatas. Ada orang kawen sebab syok bercinta(konon). Bila dah kawen, syoknya p kemana? Hanya atas katil malam pertama.

Ni apa yang aku dapat dari pemerhatian/research aku dari orang sekeliling. or baca artikel kt internet/buku. Tapi, wie gesagt, aku xpuas hati lg dgn jawapan.

Apa sebenarnya perkahwinan?
Laki2 dan perempuan menghabiskan masa hidupnya dengan pasangan. Mengamalkan konsep give and take. Mutualism. Saling jaga menjaga. Bertanya khabar. Memberi nafkah zahir dan batin. menjaga anak. mendirikan rumah, beli kereta. Bla bla bla sampai salah sorang masuk kubur.

Apa erti hidup dengan makhluk yang berlainan jantina dgn kita?
aku xtaw jawapan ni. still searching..

Kenapa perlu amek anak dara jagaan orang tuanya utk kita jaga?
Idk

Kenapa kita perlu kahwin?
I guess, mugkin kerana cinta. Cinta yang lahir dari 2 hati yang berbeza background. Idk. aku xpenah bercinta. But still aku nk guess, Sebab aku penah baca novel cinta XD.

Cintalah tulang belakang sesebuah perkahwinan. Bila cinta xdak, maka bercerailah 2 hati tu. Cintalah yang menjadikan rumah tangga tu happily ever after. Tp apa yang menguatkan(empower) cinta tu? Mcmna cinta tu boleh lahir? Idk.

I nid to find these answers. Ya Allah, kurniakanlah aku wanita solehah sebagai pendamping hidup yang boleh menjelaskan kekusutan kepala nk pkiaq benda ni. Mgkin dia xperlu bagi khutbah utk menjawab soklan2 ni. Mungkin dia hanya perlu senyum dan terlerailah segala persoalan.
Who knows...

Saturday, March 29, 2014

Das verschollenes Flugzeug

As-salam..

Tajuk diatas ditulis dlm bahasa Jerman bermaksud the missing plane. Mengenai penerbangan MH370 menggunakan Boieng 777 dari Kuala Lumpur ke Beijing yg dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014 membawa 227 penumpang dan 12 cabin crew. 26 Mac kemudian ia dilaporkan terhempas di lautan Hindi berikutan kes hijack (rampasan) oleh individu yg tidak dikenali. setakat ni black box yg mngandungi 1001 jawapan belum ditemui. (sapa la power sgt turn off kapalterbang tu hilang dari radar..)

Maka dari titik inilah kita leh nampak pelbagai reaksi penduduk malaysia dan dunia mngenai kehilangan pesawat tu. Banyaknya yang berdoa dan berharap, agar smua penumpang selamat. ada yg benci, tak ambil peduli. Ada yang maki kerajaan malaysia. Ada yang suka buat pala taw. Ada yang teropong, cari mggunakan tikar bagai. macam2..

Benda ni terjadi mybabkan aku tertanya2. KENAPA? Ia adalah 1 kes hijack oleh experts, yang terancang. terdapat mcm2 imej satelit dari pelbagai negara yang aku tgk, macam salah satunya imej satelit dari UK mgenai pathway boeing 777. bermula dari KL ke lautan Vietnam, hilang dari radar MAS, menuju ke Lautan Andaman, dan dari situ autopilot-mode activated, terus ke lautan Hindi dan terhempas. Hijackers ni bukan calang2 orang boleh hack pesawat.

Ia tidak dilakukan saja2. Mesti ada niat2 tertentu dari negara2 tertentu. Hmm..
Wallahu'alam

Path Boieng 777





Sunday, March 2, 2014

turun temurun

As-salam..

ni cita dari ayah aku la. time tgh breakfast. ntah cemna leh terdiscuss.

Zaman tok ayah aku, my grand grandfather's age, islam baru mula bertapak di tanah melayu dan masih lg lemah di area kedah. kalau geng2 p surau/masjid boleh la mngaji kitab dan tambah ilmu. tapi yg jenis mls p masjid akn jahil dan x mngenal islam.

maka hiduplah orang2 ni dgn kepercayaan animisme spt mana tok nenek depa dlu. antara yg paling ketara ialah depa ni suka bela hantu raya. bela hantu ni ibarat cam bela kucing pada zaman tu. tp bela antu raya bukan untuk aniaya orang len, tp untuk membantu survival hidup.

contohnya bela antu raya untuk tolong kt sawah, pasang atap rumah, dan jaga rumah dari pencuri. perlu diigtkn kt sini ialah hantu saja yg kerja, boss goyang kaki. tp kena la bg makan teloq ka ayam ka kambing ka, tgk la selera antu tu. hantu tu pulak bila kerja, dia mnyerupai rupa tuan dia. so boleh la tgk 2 orang doppelganger pok mat wat kerja kt sawah.

masalah timbul bilamana the bearer (si pembela hantu) nak meninggal. dia kena release hantu tu ke dalam hutan atau passing ke anak dia atau dia mati dan hantu tu consume badan tuan dia. byknya depa wariskan ke anak2 depa (saka) dgn tujuan leh jaga kebun dll. tp lama kelamaan makin kurang orang yg nk ambil hantu pusaka tu. maka matilah tuan hantu tu, dgn hantu raya dalam badan dia. bila badan tuan dia reput, dia kluaq smbil kacau2 penduduk kampung dgn muka tuan dia.

arus modenisasi hari ni dah menamatkan era animisme. namun ada jugak yg buat. tp sangat sangat rare nk jumpa.
tp benda ni still terjadi di sabah. datanglah kota belud. bukan hantu raya, tetapi penanggal.