Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Tuesday, December 31, 2013

2014:barang naik

As-salam..

Happy new year. Selamat mnyambut tahun baru 2014
azam2 tahun 2013 dah jd realiti atau mimpi?

aku lebih kpd nk cita pasal politik/finance negara la. best. you see, rakyat malam 31.12.13 telah turun ke dataran merdeka sebagai tanda memprotes atau berdemo utk kerajaan turunkan harga kos sara hidup dan mansuhkan cukai gst. namun permainan kerajaan utk menidakkan demonstrasi ni dgn kawalan media (buat propaganda utk menutup mata sesetengah rakyat) dgn mnyajikan konsert2 dan melabelkan perhimpunan tu sebagai "haram". ada pulak pokcik kata rakyat bersetuju dgn kenaikan harga barang sebab dia x terima sebarang aduan. habes tu rakyat yg sepuluh ribu yg turun perhimpunan tu bersetuju ka?

amek hampa 4 konsert!

antara orang yg bersetuju dgn harga kenaikan barang

UAI juga bersuara

dan yg aku plg sedih currency MYR. 1€ = RM4.51. tgkla trend graf ni. boleh nmpak "tangga" atau fasa MYR jatuh mendadak. dan dikala barang2 naik ni la anak tiri jib a.k.a anak kandung rosmah bole beli kondo RM110 juta kat new york. Seriously? menabung?

persoalannya, malaysia ni siapa punya? tanah yg dikongsi dgn 30 Milion orang dgn ada badan yg mnguruskn hal ehwal perbendaharaan  dgn adil bernama "kerajaan" atau 1 syarikat perniagaan?

close your eyes. ask yourself: mati nanti nak bawak duit/harta benda ke masuk ke kubur? kejar dunia igtlah halal haram dan amal jariah.



Thursday, April 4, 2013

truth and lie

As-salam..

hari ni dalam sejarah malaysia, parlimen dibubarkan oleh PM, Jibby *bkn nama sebenar. setelah lama mana, byk spekulasi timbul, byk fitnah ditaburkan, byk tragedi terjadi sebelum pmbubaran. PRU13 mgkin akn diadakan x kurang dari 60 hari lg. bergantung kt pm.

*censored*

aku kuat kutuk kanan. malas nk cita kat sini. tp kalau sapa nk kutuk kanan jgn lupa jemput aku. XD.

pernah x dlm sejarah malaysia moden ni ramai rakyat bangkit dari terlena, sedar akan hak2 mereka, tahu dari mana ke mana duit mereka? yep. zaman pemerintahan Jibby *bkn nama sebenar* x sama dengan zaman pemerintahan che det, di mana waktu tu intenet xdak, jarang, atau lembab. so siang malam rakyat mendapat info2/berita2 dari tb,radio, akhbar arus perdana. dari situ kepala rakyat dapat dikawal agar tidak melawan, setuju dgn pihak kanan.

tp setelah intenet ada kat malaysia, rakyat mndapat info dgn lebih cepat. dgn adanya ipad,ipon smartpon tablet and bagai, lagi la cepat. "info" atau "fakta" yg ada kt internet perlu la ditapis, dikaji dari mana datangnya sumber. sebab zaman la ni canggih. manusia boleh tipu dgn tulisan, gambaq and video.

so kalau kanan x puas hati kat kiri, dia akn buat cita. begitu jugak sebaliknya. smpaikan ada yg sanggup tabur fitnah, ubah hukum Allah utk kepentingan. Nauzubillah. fitnah tu dosanya besaq. Intenet la medium harini utk manusia mendapatkan info2, fakta2 ttg apa yg terjadi kt malaysia.

kanan kiri xkan bersatu andai matlamat(niat) kanan x sama dgn kiri. 1 pihak akn berani kerana dia menggenggam kebenaran. 1 pihak lg akn takut kerana dia dibebankan kebatilan.

moga kebenaran tertegak di malaysia.
*tension xleh balik ngundi eii!

Tuesday, April 17, 2012

protest ptptn

As-salam..

sekarang sebuk sgt pasal pemansuhan ptpn(pt). aku sure benda ni jd modal politik, tp xpalah. janji pihak pembangkang kalau menang Pru, akan dimansuhkan pt. so semua rakyat malaysia akn dpt pendidikan percuma. bagus. 1 impian yg sgt bagus. pd pandangan aku, pemansuhan pt begantung pd mentaliti rakyat malaysia gak.

Sebab aku membantah pemansuhan pt:

1- tgk buku teks masa kita pinjam time skolah rendah. hujung tahun ja relai(koyak-rabak conteng sana   sini). sebab apa? sebab kita dpt bnda tu free. tgk lak budak2 yg beli buku sndri. depa balut kemas dgn plastik bunga2. pastu passing kat adik2 depa.

aku takut bila rakyat dpt benda2 free, depa x hargai. semua students masuk u, ipta, ipts, kluaq u xtaw apa. nak berenti boleh, sesuka hati. apa maknanya pendidikan percuma mcm tuh? lebih pada pembaziran kan? tp kalau rakyat hargai, insyaallah negara kita akn jd negara2 maju dgn cepat.sebab tu begantung sgt pd mentaliti rakyat.

2- seorang sahabat ngadu kat nabi sebab terlalu miskin. nabi x doakan kemewahan utknya tp baginda bagi kapak, supaya dia berusaha cari rezeki sendiri.

3- hutang kerajaan belambak2 lg. andai kata tampuk pimpinan berubah ke pembangkang, depa kna langsaikan hutang tuh. bottomline is, ekonomi kna stabil dlu, baru boleh bg free education. :)

"Tu germany boleh bg pendidikan percuma kat rakyat dia. awat kita xleh?"
-btul. bkn takat pendidikan, sara hidup pun kerajaan bg(utk orang tua and jobless). germany xpa la negara maju, byk income(tp toll kat highway sikit ja.lol) and matawang agak stabil. natijahnya? budak2 muda kbykannya jd malas.

ni pandangan aku saja. good bye.

Friday, December 9, 2011

hukum Allah

As-salam..


         

tension barang panas telinga bila aku tgk vidio nih. hukum Allah boleh buat gurau2, main2 pesenda. Kalau la hukum Allah tu x adil, x seswai bg hidup hangpa(pelakon video), p la cari din(way of life) sndri. masuk la kistian ka buddha ka.

lg 1, xyah la mandi jenazah, smyang, baca yasin bila depa mati. bwat apa nk baca, isi kandungan al-Quran dia buat main2.  cuba byg kalau dia hidup ,dok dlm kain kapan, org skeliling baca yasin. surah yasin ni kandungan ayat al-Quran yg dia bwat gurau. so mesti la dia gelak "hihihi. depa tgh bwat lawak" dlm kain kapan. base sgguh.

unless kalau depa betaubat kpd Allah, dan mintak maaf kepada seluruh umat Islam.

al-Quran dimulakan dgn surah al-Fatihah dan surah al-Baqarah. dlm surah al-Baqarah ayat 2, Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

Byk lg kisah2 dlm ayat2/surah2 seterusnya, tp nk ditetapkan aqidah si pembaca supaya tidak ragu walau satu huruf pun.  beriman dgn al-Quran mesti 100% atau lebih. 99.9% dikira x beriman. contohnya dia ragu2, "ish btul ka baca aliff lam mim ni? bukan alif lam saje ke?"(ayat 1 surah al-Baqarah)
ragu2 dgn 1 huruf dah 99.9% beriman, kalau ragu2/bwat gurau senda dgn isi kandungan al-Quran? pandai2 la pikir.

ps- aku dah 21. so layak mngundi dan mmbncangkan hal politic. politic views aku mnghadap kpd parti yg mmperjuangkan Islam 100% dlm negara. andaikata UMNO laksanakan hukum2 Allah, aku sokong dan PAS tolak hukum Allah, aku anti. xkira la parti tu nama apa pun, Parti Ayam ke Itik ke, hidup matiku kerana Allah.

Wednesday, July 6, 2011

bersih 2,0

As-salam..

Kita semua taw, pada 9/7/11 akan diadakan 1 demonstrasi besar2an, bersih 2.0,yg dianjurkan oleh Ambiga Sreevenasan. Aku melihat demonstrasi ni dari sudut 'atas pagar', xsokong kerajaan, xsokong pembangkang. aku telah baca banyak artikel ttg bersih 2,0. and ni la aku boleh rumuskan:

Advantage 2,0

  • pilihanraya Malaysia akan bertambah adil, saksama. (terdapat bukti yg SPR tidak berlaku adil dalam pendaftaran pengudi. ada pakcik sampai 131 tahun. bukti + ic: 801231130313 )


Disadvantage

  • Rakyat, peniaga akn rugi, (demonstrasi tu akn menjejaskan keselamatan orang awam dan merosotkan perniagaan)
  • ekonomi merosot (seperti di mesir, demonstrasi menjatuhkan Hosni Mubarak.)
  • perbalahan, umpama ada 2 Malaysia. tgk demonstrasi pun macam nk p perang, Malaysian vs Malaysian.
info menarik: 
Yang dipertua Baginda metitahkan supaya Bersih diadakan di Stadium dan Ambiga menyahut seruan Baginda dengan baik. tp belum ditetapkan lagi Stadium mana 1.

komen aku: 
kuasa, pangkat, duit dan pengaruh menjadi kegilaan politiker. rasuah, penyelewengan harta, fitnah memfitnah, menyembunyikan yg benar, dan mendedahkan kebatilan politiker lain menjadi jalan utk mencapai matlamat. Generasi muda dah tak berminat utk tahu perkembangan politik, kerana ia 'mainan orang tua2'. Mereka lebih berminat kepada hiburan. Siapa yang akan memimpin Malaysia dgn adil seperti Rasulullah dan 4 khalifah pada masa depan? 

sumber rujukan: