Monday, August 31, 2015

Watikah merdeka by shairani

As-salam..

Merdeka.
Satu semangat yang pada pendapat aku Tunku Abdul Rahman inginkan setiap generasi hayati dan syukuri sepanjang zaman. Satu perjuangan dari pembebasan kuasa2 asing yang semestinya ia memerlukan banyak pengorbanan tak kira nyawa, tenaga, masa dan harta.

Dan semangat merdeka ni menjadi tanggungjawab ketua negara (PM la) khususnya dan setiap warganegara Malaysia  amnya agar ia tidak terpadam dan dapat disampaikan ke anak cucu.

Dari tahun 1957 ke 2015 (58 tahun), semestinya perjuangan untuk menyampaikan hasrat TAR kepada kita dan generasi seterusnya adalah tidak mudah. Walaupun bukan 100% tp kita masih lagi dapat rasa nikmat kemerdekaan. Kita masih lagi menyintai Malaysia, tanah air tercinta ni. Tapi, cara kita mungkin berbeza

Ada yang berpendapat PM skrg ni x sayangkan rakyat dan negara, lebih kpd sayangkan duit dan kemewahan. Rakyat dikerah, ditanggung dengan pelbagai cukai, kemungkinan saman2, kenaikan harga barang dll walhal mereka diatas dapat hidup senang lenang. Sebab tu, tercetusnya BERSIH 4. Mereka berpendapat PM seperti ini xlayak lagi mentadbir Malaysia dan mereka turun ke jalanraya sbgai tanda memprotes sistem pentadbiran PM. Mereka berpendapat "kami sayangkan negara, kami lakukan demi masa depan anak cucu kami. Biarlah kami merasa peritnya, tetapi bukan mereka"

Ada sekelompok lagi membantah BERSIH. Pada pendapat mereka, terdapat saluran lain yang boleh dilakukan untuk menyampaikan ketidakpuasan hati. Demonstrasi hanya mengganggu hidup warga kota, dan mencemarkan imej negara di mata dunia. Baliklah rumah, spend masa dengan famili lebih baik. Apa yang PM buat selama ini tidaklah salah, cuma memerlukan masa untuk pulih spt sediakala.

Setelah aku teliti kedua2 pendapat ni, terserah kepada PM mahu jadi hantu ka buaya. Pada pendapat aku, PM mesti come clean. salah satu sebab BERSIH terjadi ialah ketidakpercayaan kpd integriti PM tu sendiri. Selagi PM dok spin cerita, hentam rakyat, xmaw resign, selagi tu BERSIH akan diteruskn. Buatla satu slot kt TV3 untuk menjawab segala tohmahan, fitnah kononnya, daripada dok kutuk belakang "ni fitnah ni x betul". Lepastu buat pula forum secara live. Mcm nothingtohide. Tp aku rasa dia takut.

Semua orang, xkira la PM ka melayu cina india boleh kata mereka sayangkan negara. Tp x smua setuju mcmna orang tu menzahirkan rasa cintanya pada negara. Boleh jd jugak hny manis di mulut senyap2 songlap duit.

Sekian..

Independence Day by Google

Saturday, August 1, 2015

kawen pt3: reacher and settler

As-salam

dah 2 parts aku dok pot pet pot pet pasai cinta and kawen. lol.
tp tu smua just teori n sangkaan.
u know what to prove theories? Test!

Aku cuba la becinta dgn sorg minah ni. knai kt tnet.
dpt ja wasap n fb, kami start kenal mngenal antara satu sama len.
dia elok. apa yg aku bncgkn ttg ciri2 pompuan smua ada kt dia.
makin aku kenai dgn dia makin aku rasa sebab apa manusia memerlukan pasangan hidup.
Walau berdikarinya manusia tu, dia tetap perlukan seseorang.
ni kerana, at some point in life, Allah kurniakan perasaan hendak menyangi dan disayangi dalam hati manusia.

Kalau kita dh start sayang sorang pompuan tu, sering tertanya2, mcmna pulak perasaan dia?
ka aku ja dok syok sendri. cinta tepuk sebelah tgn kata orang.
So dri situ, timbul rasa insecured (curiga) samaada pompuan ni ada laki lain yg dia lebih suka.
istilah seswai nk describe situation ni, aku ialah the reacher.
dan dia adalah the settler.

istilah reacher/settler ni asalnya dari drama How I Met Your Mother. Dlm relationship, the reacher ni ialah orang yg becinta dgn pasangannya yg btui2 hot and cantik yang pada umumnya x sesuai dengan level kehenseman si jantan. Dan dia (si jantan) jugak ada perasaan curiga kalau2 ada laki len yg lg hensem cuba merampas partnernya. Settler pulak, dia dah taw yg reacher xkan ke mana2, so dia x ada perasaan curiga yg si jantan nk cari pmpuan lain, coz he is just lucky to have her.

fenomena reacher/settler slalu tejadi di awal percintaan, sebab masa ni la kepercayaan dan komitmen setiap pasangan diuji. Kalau dah kawen pon, ada lg benda ni, mmg berat nanang

Saturday, May 2, 2015

Kawen pt2: the resonance

As-salam..

Somehow, as time passes by, aku dah dapat sikit pencerahan.
Cinta tu lahir dari perasaan suka sama suka.
It's like the resonance.
Hati begetar sama seiringan bila bersama dgn si kekasih.
Apa penyebab suka tu?
personaliti? Muka? dressing? harta?
Yes. all of above.

Nabi pernah bersabda, dinikahi perempuan kerana 4 sebab: paras rupa, harta, keturunan dan agama. Pilihlah agama, nescaya akan diam tangan2 kamu.

Tak salah kahwin sebab paras rupa harta dan keturunan. tp yg lebih baik kerana agamanya. kerana agama tidak akan bekerut seperti paras rupa, agama tidak akan kehabisan bila semakin digunakan seperti harta, dan agama tidak membezakan manusia seperti manusia menamakannya sebagai "keturunan". Agama is immortal

Bini beragama, tp hitam. xdak byk harta dan keturunan biasa. Mcmna pulak? Kita, sebagai "observer", akan kata bini hitam mcm periuk belanga pon hg nak. Tp kita xnampak apa yang si laki tu nampak. sebab agamalah yg menambat hati si laki.(though aku rasa susah gak nk get along at the beginning)

Laki suka tgk pompuan (xkira la dia ada bini ka x). At first glance, dia tgk muka, dressing, and cara becakap. Kalau dia suka dia p tackle awek tu. Tp kalau pompuan tu xsuka, xlahirla perasaan suka tu. tggaila laki tu angau sorang2.

Pompuan pun serupa. Suka kt laki. Tp skop pandangan dia xluas. Ada certain laki ja dia tgk. Well at first, mesti la depa tgk muka and badan dlu. tggi macho ka dak. Ada iras2 laki korea ka x. Pastu mode gedik dia on, cuba tarik perhatian laki tu utk menekelnya. Kalau laki tu suka, pompuan tu kena tipu. Sebab laki (mostly) skop pandangan dia luas. Dia xpuas hny dgn sorang pompuan.

What i want to say is, awat kita, manusia, suka tgk kat muka/badan at the first place? Muka ni penuh penipuan. Make-up and fake smile. Badan ni bukannya sempurna, sebab ni hanya pinjaman. Sbb tu aku xsuka nk judge laki/pompuan atas dasar dia dressing atau muka dia. Xkata pulak aku abaikan, cuma weightage(pemberat) dia terlalu skit.

Yang penting ialah hati. Sebab hati la lahirnya cinta. Dan sebab cintalah si kekasih tu sanggup buat apa saja demi partner dia. Kita hanyalah jiwa yang terkandung dalam badan yang dipinjam. Kenapa nk nilaikan badan tu?


Friday, November 7, 2014

Kawen: dari mata aku pt1

Allah ciptakan laki2.
Allah ciptakan perempuan.

Dalam hati laki2 diciptakan pulak perasaan suka kpd perempuan.
Perempuan suka laki2.

Bila laki2 dan perempuan sama2 suka, mereka akn terasa ingin hidup bersama.
Maka mereka pon berkahwin.

Well, secara kasarnya, tu ja apa yg aku paham pasal laki2 dgn perempuan. Apa sebenarnya perkahwinan? Apa erti hidup dengan makhluk yang berlainan jantina dgn kita? Kenapa perlu amek anak dara jagaan orang tuanya utk kita jaga? Kenapa kita perlu kahwin? Mgkin ada yang kata aku bodoh, sebab jawapan2 bg soalan di atas begitu mudah utk dijawab. Biarla. depa ada jawapan sendiri. Bagi aku, aku tengah mencari jawapan2 bagi soalan2 tu. Bila aku dah clear, puas hati, 100%, baru aku kahwin.

Ada orang kawen ikut trend. Kawan2 kawen, dia pon nak gak. tapi still dia xtaw jawapan2 soklan diatas. Ada orang kawen sebab mak pak suruh. dah tua bangka umoq nk dekat 40 xkan nk single lagi? Mak ayah pon nnt nk masuk kubuq, xdaaann nk timang cucu. Last2 kawen tapi still dia xtaw jawapan2 soklan diatas. Ada orang kawen sebab syok bercinta(konon). Bila dah kawen, syoknya p kemana? Hanya atas katil malam pertama.

Ni apa yang aku dapat dari pemerhatian/research aku dari orang sekeliling. or baca artikel kt internet/buku. Tapi, wie gesagt, aku xpuas hati lg dgn jawapan.

Apa sebenarnya perkahwinan?
Laki2 dan perempuan menghabiskan masa hidupnya dengan pasangan. Mengamalkan konsep give and take. Mutualism. Saling jaga menjaga. Bertanya khabar. Memberi nafkah zahir dan batin. menjaga anak. mendirikan rumah, beli kereta. Bla bla bla sampai salah sorang masuk kubur.

Apa erti hidup dengan makhluk yang berlainan jantina dgn kita?
aku xtaw jawapan ni. still searching..

Kenapa perlu amek anak dara jagaan orang tuanya utk kita jaga?
Idk

Kenapa kita perlu kahwin?
I guess, mugkin kerana cinta. Cinta yang lahir dari 2 hati yang berbeza background. Idk. aku xpenah bercinta. But still aku nk guess, Sebab aku penah baca novel cinta XD.

Cintalah tulang belakang sesebuah perkahwinan. Bila cinta xdak, maka bercerailah 2 hati tu. Cintalah yang menjadikan rumah tangga tu happily ever after. Tp apa yang menguatkan(empower) cinta tu? Mcmna cinta tu boleh lahir? Idk.

I nid to find these answers. Ya Allah, kurniakanlah aku wanita solehah sebagai pendamping hidup yang boleh menjelaskan kekusutan kepala nk pkiaq benda ni. Mgkin dia xperlu bagi khutbah utk menjawab soklan2 ni. Mungkin dia hanya perlu senyum dan terlerailah segala persoalan.
Who knows...

Saturday, March 29, 2014

Das verschollenes Flugzeug

As-salam..

Tajuk diatas ditulis dlm bahasa Jerman bermaksud the missing plane. Mengenai penerbangan MH370 menggunakan Boieng 777 dari Kuala Lumpur ke Beijing yg dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014 membawa 227 penumpang dan 12 cabin crew. 26 Mac kemudian ia dilaporkan terhempas di lautan Hindi berikutan kes hijack (rampasan) oleh individu yg tidak dikenali. setakat ni black box yg mngandungi 1001 jawapan belum ditemui. (sapa la power sgt turn off kapalterbang tu hilang dari radar..)

Maka dari titik inilah kita leh nampak pelbagai reaksi penduduk malaysia dan dunia mngenai kehilangan pesawat tu. Banyaknya yang berdoa dan berharap, agar smua penumpang selamat. ada yg benci, tak ambil peduli. Ada yang maki kerajaan malaysia. Ada yang suka buat pala taw. Ada yang teropong, cari mggunakan tikar bagai. macam2..

Benda ni terjadi mybabkan aku tertanya2. KENAPA? Ia adalah 1 kes hijack oleh experts, yang terancang. terdapat mcm2 imej satelit dari pelbagai negara yang aku tgk, macam salah satunya imej satelit dari UK mgenai pathway boeing 777. bermula dari KL ke lautan Vietnam, hilang dari radar MAS, menuju ke Lautan Andaman, dan dari situ autopilot-mode activated, terus ke lautan Hindi dan terhempas. Hijackers ni bukan calang2 orang boleh hack pesawat.

Ia tidak dilakukan saja2. Mesti ada niat2 tertentu dari negara2 tertentu. Hmm..
Wallahu'alam

Path Boieng 777





Sunday, March 2, 2014

turun temurun

As-salam..

ni cita dari ayah aku la. time tgh breakfast. ntah cemna leh terdiscuss.

Zaman tok ayah aku, my grand grandfather's age, islam baru mula bertapak di tanah melayu dan masih lg lemah di area kedah. kalau geng2 p surau/masjid boleh la mngaji kitab dan tambah ilmu. tapi yg jenis mls p masjid akn jahil dan x mngenal islam.

maka hiduplah orang2 ni dgn kepercayaan animisme spt mana tok nenek depa dlu. antara yg paling ketara ialah depa ni suka bela hantu raya. bela hantu ni ibarat cam bela kucing pada zaman tu. tp bela antu raya bukan untuk aniaya orang len, tp untuk membantu survival hidup.

contohnya bela antu raya untuk tolong kt sawah, pasang atap rumah, dan jaga rumah dari pencuri. perlu diigtkn kt sini ialah hantu saja yg kerja, boss goyang kaki. tp kena la bg makan teloq ka ayam ka kambing ka, tgk la selera antu tu. hantu tu pulak bila kerja, dia mnyerupai rupa tuan dia. so boleh la tgk 2 orang doppelganger pok mat wat kerja kt sawah.

masalah timbul bilamana the bearer (si pembela hantu) nak meninggal. dia kena release hantu tu ke dalam hutan atau passing ke anak dia atau dia mati dan hantu tu consume badan tuan dia. byknya depa wariskan ke anak2 depa (saka) dgn tujuan leh jaga kebun dll. tp lama kelamaan makin kurang orang yg nk ambil hantu pusaka tu. maka matilah tuan hantu tu, dgn hantu raya dalam badan dia. bila badan tuan dia reput, dia kluaq smbil kacau2 penduduk kampung dgn muka tuan dia.

arus modenisasi hari ni dah menamatkan era animisme. namun ada jugak yg buat. tp sangat sangat rare nk jumpa.
tp benda ni still terjadi di sabah. datanglah kota belud. bukan hantu raya, tetapi penanggal.


Tuesday, December 31, 2013

2014:barang naik

As-salam..

Happy new year. Selamat mnyambut tahun baru 2014
azam2 tahun 2013 dah jd realiti atau mimpi?

aku lebih kpd nk cita pasal politik/finance negara la. best. you see, rakyat malam 31.12.13 telah turun ke dataran merdeka sebagai tanda memprotes atau berdemo utk kerajaan turunkan harga kos sara hidup dan mansuhkan cukai gst. namun permainan kerajaan utk menidakkan demonstrasi ni dgn kawalan media (buat propaganda utk menutup mata sesetengah rakyat) dgn mnyajikan konsert2 dan melabelkan perhimpunan tu sebagai "haram". ada pulak pokcik kata rakyat bersetuju dgn kenaikan harga barang sebab dia x terima sebarang aduan. habes tu rakyat yg sepuluh ribu yg turun perhimpunan tu bersetuju ka?

amek hampa 4 konsert!

antara orang yg bersetuju dgn harga kenaikan barang

UAI juga bersuara

dan yg aku plg sedih currency MYR. 1€ = RM4.51. tgkla trend graf ni. boleh nmpak "tangga" atau fasa MYR jatuh mendadak. dan dikala barang2 naik ni la anak tiri jib a.k.a anak kandung rosmah bole beli kondo RM110 juta kat new york. Seriously? menabung?

persoalannya, malaysia ni siapa punya? tanah yg dikongsi dgn 30 Milion orang dgn ada badan yg mnguruskn hal ehwal perbendaharaan  dgn adil bernama "kerajaan" atau 1 syarikat perniagaan?

close your eyes. ask yourself: mati nanti nak bawak duit/harta benda ke masuk ke kubur? kejar dunia igtlah halal haram dan amal jariah.



Thursday, December 12, 2013

Kebangangan yang disanjungi

As-salam..

Halo. Dalam era moden ni ampa perasan x lahirnya geng2 ..,, hmm idk what a good word for bangang, ah to hell. geng2 bangang!! (selain dari macai.)

geng2 ni wat video bangang, upload di utube, jd viral, popular, dan menang trofi anugerah whatsoever sbg pengiktirafan ber"bakat". contohnya bobo, dak kapel seminggu, dak mata cantek comei dan megaboys. aku xtaw apa yg specialnya ttg depa ni sampai ada orang berpendapat depa ni berbakat. seriously can som1 explain?

bg aku, "berbakat" ni dia mnggunakan kepandaian/kekreativiti depa tersendiri utk mnyuarakan pendapat mereka dgn beradab. ang pndai wat video, wat video. utk mendidik/memandaikan masyarakat/penonton. mcm matlutfi. ang pndai men gitar, wat video men gitar. entertain the audience, mcm sung ha jung. ang pandai twerk kepala, twerk la. jgn uplod. org tgk mluat. tu bkn bakat dah namanya.

"arts"
aku rasa apa media pkiaq, "to hell with arts, as long as i get money! geng2 bangang, mic up!"

twerk kepala, wat lagu lirik sampah. iktiraf berbakat. sigh.
x sama mcm lagu 90an. dah 20-30 tahun still orang nyanyi

Tuesday, October 22, 2013

samseng kl

As-salam..

baru2 ni aku tgk filem kl gangster. filem ni mmg best sbb lawan2 letop2 tembak2. mmg kna dgn taste aku. cumanya klasifikasi filem ni. agak x seswai bila budak2 bawah 18 tgk sbb ada adegan2 ganas, seks dan bahasa yg digunakn. pnuh dgn lu gua lu gua.

mnurut beautifulnara, filem ni awalnya class 18. tp dah bocor kt internet, dianugerahkn 13. sbagi direktor, Dato Yusof Haslam sgt kecewa dgn leakage tersebut. Tp lepas tayangan kt pawagam, dah dpt untung besar.

cuba tgk kt masyarakat. apa impaknya filem ni kt masyarakat? adakah pengajaran yg terkandung dlm filem lebih banyak daripada keburukan? Bg aku, tidak. keburukannya lebih byk. Pengajarannya ialah.. hmm.. sayangi ibu bapa, jgn hutang ngn along. or kalau nk jd samseng, putuskan hubungan dgn kluarga? lol

aku harap filem ni x kluar utk tayangan perdana kt tv. especially time hari raya. biar la dak2 skolah boleh access utk tgk kat tnet pun, tp ada usaha utk menghalang depa tgk. dak2 lani bukan boleh kira. melancap kt cyber cafe pon ada..

Saturday, August 31, 2013

Praxis: ende

As-salam..

harini tamatlah praxis semester kt marquardt. aku dah dapat rasa sikit macamana hidup berkerjaya, ada byk tugas. kadang2 melangut saja. kadang2 lepak2 dgn coworkers, sembang merapu. dan aku dapat rasa jugak kultur depa, belajaq idioms depa, loghat depa, lawak depa, makan makanan depa.

seriously, ampa x maw experience benda2 ni. utk practical sehari dua mgkin bnda2 ni seronok, tp 6 bulan.. mungkin tak. tmbah mknan depa kt kantin. keh3. xleh telan. aku dah terasimilasi sikit dgn orang2 jermang. mknn dah lalu, dah stat cakap loghat. dah pndai wat lawak jermang

bkn nk megah2, tp ia terlalu different dengan semester2 sblum ni. sblum ni segan2 malu2 malas2 nk cakap jermang. tp aku dah kill sifat2 tu through practical ni. survival 100% !

practical semester mmg penat. bgun awai byk keja, ngantuk la bagai. dok pkiaq bilala nk abes.. tp bila nk bepisah tadi dgn abteilung. rasa sedih lak. huhuhu. damnit graduation goggle!

Last day. no more

Saturday, August 3, 2013

raya+anjing=?

As-salam..


aku x taw apa masalah dia. awat dia upload kat utube? xpenah ka dia tepkir yg video ni boleh mngundang fitnah.

yep. anjing. seekor haiwan. jinak. dalam masyarakat Melayu ni, bab anjing bgitu sensitif. Dalam masyarakat lain, depa dah biasa, walaopun mereka ialah muslim. "dah tu Melayu ni kolot? x open minded dgn anjing?". dats the specialness of malays. jgn paksa masyarakat melayu ubah mentaliti tu. aku dok kat german. aku p ziarah kawan aku kat UK, dia sgt2 nk avoid dari anjing. kalau tgk orang len bawak anjing jejalan kat taman, dia dah lari jauh. tp kt german sbb mmg byk sgt anjing, aku dah jd biasa. dekat ngn anjing pon xpa. xkisah. mgkin yg lecehnya bila part badan anjing tu basah. maka kenalah bersuci kalau tersentuh dgn 1 air tanah 7 air biasa. lgpun, aku penah mlawat rumah kwn german aku. dia ada anjing. mula2 aku gelabah, anjing lg seronok. last2 aku buat bodo, dia men kat kaki aku ja. xyah bersuci sbb kering.

tu cita kat germany, penuh ngn anjing. Lain pulak kat Malaysia, yg mana mmg jarang tgk orang bawak anjing jln2 kt taman. So Melayu pndang anjing ni sbgai haiwan "kotor" lalu dibenci. tu pada pndangan aku, salah. Dia ialah najis mughollazoh, kalau basah bersentuhan kena bersuci. Tp x bermakna anjing tu wajib dibenci. Lgpun tedapat anjing dalam kisah2 Islamik, sperti anjing Ashabul kahfi dgn kisah pelacur yg diberi keampunan sebab bg anjing minum (myelamatkan anjing dari mati).

Lets talk about hukum muslim bela anjing.

1. Harus. Utk jaga harta, rumah, kebun, haiwan ternakan spt kambing, utk mencegah jenayah spt anjing polis, utk menyelamatkan nyawa anjing tersebut dr mati atau diseksa. Syarat: Jgn dibela dalam rumah. bela diluar rumah.

2. Haram. Bela dalam rumah. dijadikan haiwan peliharaan spt kucing.

Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=UhHG2HJGrvg&hd=1

masalah mamat ni ialah bela dalam rumah. dan wth? anjing amek wuduk?

Thursday, May 2, 2013

wisdom teeth II

As-salam..

Selepas merengek (link) nk cabut, aku kumpulkan semangat g jumpa dokter utk cabut. plan nk cabut 1 ja, tp x-ray tunjuk ada 4. dokter kata kena cabut semua. pfffffffffftttttttt. oklah!

masa operation aku mggletar. keh2. doktor cucuk bius d stiap 4 gusi, x boleh kata apa2. bibir cam kena kunci. pastu cabut cam biasa. 2 gigi baru tumbuh. tu senang. lg 2 dah matang, kena guna mesin gerudi tu. rasa burning kt gigi. pas cabut, doktor jahit gusi yg tlah dihiris. dah boleh balik

tp bila kesan bius hilang, rasalah azabnya. sakittt! kena makan ibuprofen utk tahan. masalah plg besaq ialah bengkak. bygkn 4 penjuru, bengkak setiap satu. muka cam spongebob. nk cakap pon xleh. sembahyang dalam diam. n xleh makan bnda2 solid. kna makan bubur or sup. = = . dlm masa yg sama gusi tengah heal sendri (darah kluaq x brenti dlm masa 4 hari for blood clotting). so kena jaga lek lok. jgn mkn bnda pedas n panas. n byk pantang lg!

doa la kt tuhan ampa x dak gigi ni. 

Thursday, April 4, 2013

truth and lie

As-salam..

hari ni dalam sejarah malaysia, parlimen dibubarkan oleh PM, Jibby *bkn nama sebenar. setelah lama mana, byk spekulasi timbul, byk fitnah ditaburkan, byk tragedi terjadi sebelum pmbubaran. PRU13 mgkin akn diadakan x kurang dari 60 hari lg. bergantung kt pm.

*censored*

aku kuat kutuk kanan. malas nk cita kat sini. tp kalau sapa nk kutuk kanan jgn lupa jemput aku. XD.

pernah x dlm sejarah malaysia moden ni ramai rakyat bangkit dari terlena, sedar akan hak2 mereka, tahu dari mana ke mana duit mereka? yep. zaman pemerintahan Jibby *bkn nama sebenar* x sama dengan zaman pemerintahan che det, di mana waktu tu intenet xdak, jarang, atau lembab. so siang malam rakyat mendapat info2/berita2 dari tb,radio, akhbar arus perdana. dari situ kepala rakyat dapat dikawal agar tidak melawan, setuju dgn pihak kanan.

tp setelah intenet ada kat malaysia, rakyat mndapat info dgn lebih cepat. dgn adanya ipad,ipon smartpon tablet and bagai, lagi la cepat. "info" atau "fakta" yg ada kt internet perlu la ditapis, dikaji dari mana datangnya sumber. sebab zaman la ni canggih. manusia boleh tipu dgn tulisan, gambaq and video.

so kalau kanan x puas hati kat kiri, dia akn buat cita. begitu jugak sebaliknya. smpaikan ada yg sanggup tabur fitnah, ubah hukum Allah utk kepentingan. Nauzubillah. fitnah tu dosanya besaq. Intenet la medium harini utk manusia mendapatkan info2, fakta2 ttg apa yg terjadi kt malaysia.

kanan kiri xkan bersatu andai matlamat(niat) kanan x sama dgn kiri. 1 pihak akn berani kerana dia menggenggam kebenaran. 1 pihak lg akn takut kerana dia dibebankan kebatilan.

moga kebenaran tertegak di malaysia.
*tension xleh balik ngundi eii!

Tuesday, March 19, 2013

Praxis: beginn

As-salam..

dah 3 minggu bwat praxis. dekat marquardt gmbh, rietheim. pejalanan ngn tren sejam mybbkan aku tepaksa tdoq awai, ngantuk di tengahari.

marquardt gmbh. mst ampa x pnah dgq. well, for starters, firm ni ialah manufacturer barangan elektronik dalam keta (benda2 kat dashboard, segala mak nenek buttons yg ada kt situ) temasuk kunci keta. customer depa tdiri drpd mercedes daimler, audi, bmw, vw, opel, nissan, etc.

kt sana msuk keja pkui 8am, balik 4pm. bidang yg aku buat xlah sefemes mana, testing and validating. kna buat byk test dekat kunci2 keta, setakat ni kunci merz. mcm2 test. dari campak kunci 3m sampai tenggelam dlm ayaq. the goal is, to pastikan product depa mnepati qualification customer. well, mesti tahan tu, mesti tahan ni.

tu ja takat ni.


syok ngat wat praxis kt marquardt! 

Monday, February 25, 2013

ujianNya

As-salam

rentetan pencarian bilik kat tempat aku buat practical nanti.
Di German, kalau sapa2 nk kündigen (terminate) contract bilik, perlu tulis surat 3 bulan sebelum tarikh keluar. maka aku pun tulis la n bagi kat tuan rumah (bulan 12 dulu), since aku kna buat practical.

maka bermulalah pencarian bilik selama 3 bulan, aku cari kat internet, cari kat universiti, tgk list yg diberi oleh firm. dapat la dlm 2 bilik. sesungguhnya nk cari bilik kt bandar bukan senang. tuan rumah pun kadang2 racist/memilih. tuan rumah 2 bilik td dia akn bg decision kat aku harini, samada dia bg bilik atau x.
pastu aku terpkiaq, awat la aku kündigen this current room? walhal masa perjalanan bilik aku skrg dgn tmpat keja ialah sejam. xpa, nanti aku call tuan rumah samada boleh batal kündigung(termination) or not. so aku ada 3 plan lani.

harini, isnin 25/02/13,

plan A:
call tuan rumah, nk batal termination so that aku ulang alik sejam: tuan rumah cakap, dia dah jumpa org nk sewa, so hang kena pindah gak!!

plan B.
pindah. 2-2 tuan rumah call, dia cakap xnk bagi kt aku.

plan C.
tdoq bilik kawan.

im homeless.
berat sungguh ujianNya di bumi orang.



Tuesday, January 22, 2013

loneliness

As-salam..

kehidupan aku lening agak hectic,chaostic,catastrophic, picnic. ni disebabkan oleh kekangan masa yg bgitu mengekang, tmbah pulak life kt sini begitu bosan. so aku nk luah bnda kat dlm. sapa nk baca truskan.. xmaw baca boleh alt+f4. aku gerenti 100% cita ni xdak kaitan dgn ampa.

1. exam.
exam xlama dah, mood x mai2 g. dah delete dota, fb, tp dok habeh masa tgk utube. XD. mmg bermuda triangle la 3 websites/game ni. tmbah pulak 2 subjek aku verschieben (de-registration). tp aku dok buat teruk,, dok kata dalam hati "i'm gonna fail alot subjects".

2. praxis.

baru sign vertrag(contract) dgn firma marquardt. bereich testing/validating. aku expect kna buat byk tests, experiments, tulis programme, repot usw. start 1.3. abeh exam 21.2. so ada lbih kurg smggu utk pindah. tp rumah x jumpa g. hmm..

3. foreva alone.

besa la praxis buat sorg2. ada ja yg lucky dpt malaysian partner bwat praxis skali kt 1 firma. tp jarang dgr. ok. fine with me. tp GIZ dan JPA yg urus malysian student kt german ni.. x antaq langsung jr. kt kg. aku. dah 2 tahun kg. aku dianaktirikan. aku dah usulkn masalah ni kt depa, tp apa yg boleh aku cakap, janji dicapati. so populasi malaysia kat sini yg berbaki hanyalah 4 orang. tu pon xdok skali, jarang jumpa. masing2 hal masing2. bapak bosan hidup.

thx u both of u, u're the best. u make my life happy like never b4.

no option, i gamble my life. i play along with it. mgkin ada hikmah. mgkin tuhan nak ajaq aku sesuatu. tp ada risikonya hidup sorang2 cenggini. mula2 byk pkiaq(dah xdak sapa nk luah/sembang), pastu cakap sorg2 dan last form, gila.

Wednesday, January 16, 2013

why not xperia z

As-salam..
di kala org tgh sibuk mengkompare ipon 5 dgn samsung galaxy 3, tiba2 sony ni mencuri perhatian aku. dlu aku guna nset sony ericson, nset tu tahan, tp ada conflict dalaman(konflict apps, kadang2 crash).
Sejak tu aku dah makin kurang minat dgn sony ericson. tp lani dah tukar jd sony saja. ericson xdak dah.


So, nilah hensetnya. xperia z. best of sony in a smartphone. full specs boleh tgk kat sini

antara spec yg aku nk highlightkan, ialah 5" screen. bapak besaq. besaq skit dari galaxy 3. nk tuleh message mmg kna 2 tgn, bg sapa yg tgn kecik, tp nk tgk muvi mmg best la.

mst ada org berpendapat, "nk tgk movie kat nset? aint nobody got time for dat"
thats why, the next feature, sony buat intelligent battery management. lets say kita saving 1x guna nset lain, tp dgn xperia z ni, boleh save smpai 4x, dat means, life long power.

aku harap nset ni x dak apps conflict dah. i wish i have 1!!!

Wednesday, December 19, 2012

wisdom tooth

As-salam..

aku cukup geram la dgn wisdom teeth ni. ikut suka hati dia nk tumbuh bila n kat mana.
macam dia bayaq sewa ja.

dah la tumbuh sakit nk mmpos. time2 lapaq tgh makan, kunyah2 bapppp, sakit. nk cabut lg la sakit.
so x bwat apa pon sakit, bwat apa2 pon sakit.
totally ****ed!!

sabaq ja la, sementara dia tumbuh completely.
-currently baru ada 2. max 4. mcm nk bebini pulop. hehehe

wisdom tooth=gigi bongsu. gigi yg tumbuh skitar usia 18-25, di koordinate plg blkg skali dlm barisan gigi.


*scared yaoming*

Wednesday, December 12, 2012

21.12.2012

As-salam..

aku rasa semua dah tgk movie [2012] .

dari tules post tu hingga la 10 hari lg 2012, cepat btul masa belari. the rumors say the world will end at 21.12.2012.

orang islam, selagi dia berpegang pd quran dan sunnah, xkan percaya benda ni. tarikh hari kiamat ialah rahsia Allah. manusia x mampu berfikir, even mayans.

pun begitu, ada jugak manusia yg percaya. hingga takut sgt dgn armageddon ni, sanggup dia blnja duit ratus2 ribu nk buat kapal. [link]

persoalannya, dari mana kita taw rumors ni? obviously, dari movie. kalau xdak movie 2012 tu xkanlah kita rajin2 nk google "what mayans said about armageddon".

see, movie 2012 bkn ja movie yg hny entertain people shj mcm spiderman ,the avengers, transformers. but affected the way peoples live. kalau producer tu x publish movie 2012, mst manusia2 x gelabah mcm mamat kt china tuh.

kdg2, kita terasa takut dgn hari kiamat besaq, yg mana bulan jatuh ke bumi, planet2 belaga antara 1 sama lain, mak tnggai anak, saudara x knai saudara, yg terjadi hny skali.

tp selalu, kita x terasa takut dgn hari kiamat kecik, yg selalu terjadi pd orang skeliling kita, iaitu mati.



Sementara kita masih hidup ni, rebutlah stiap saat utk tmbahkan pahala dan kurangkn dosa. kalau nk compare amal ibadat kita dgn para Sahabat, tabi'in, mmg cap ayam. tp jgn putus harapan dgn rahmat Allah. Bykkan berselawat kpd Nabi Muhammad SAW kerana bagindalah yg hny boleh mmberi syafaat di padang mahsyar. "ya Ummati, sallimna" (ya umatku, berkumpullah.) sedangkan para Rasul lain hanya "Nafsi²"(sendiri²).

Wednesday, November 28, 2012

lepak

As-salam..


tgh lepak2 ngn kawan kt kedai kopi. ada sorang tu dok tap2 nset messaging ngn awek. pahtu sorang g. pahtu sorang g dan strusnya.

aku xleh bwat sbb xdak awek. forever engineer. apa yg video tu tunjuk mmg sama dgn apa yg bemain dlm pala otak aku. apa fungsi lepak kalau semua dok tap2.?

mgkin, budak2 zaman depan lepak kat alam maya mcm whatsapp,viber,fb messenger...